Malaysia Airlines Diminta Henti Operasi Atau Jual Syarikat

MAS henti operasi
Sumber: Youtube

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) merupakan lambang prestij negara kita sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia, namun mengalami bebanan kerana tidak mampu untuk mendapatkan keuntungan sejak diswastakan pada tahun 2014, menurut seorang penganalisis penerbangan.

Katanya, cara terbaik untuk syarikat penerbangan itu adalah dengan menghentikan operasi atau menjualnya kepada pihak yang berminat atau menumpukan kepada anak syarikat yang berpotensi.

Menurut Shukor Yusof, pengasas firma konsultasi penerbangan di Malaysia- Endau Analytics, tiada masalah untuk memenuhi kapasiti penumpang jika MAS menghentikan operasi kerana kekosongan yang ditinggalkan akan dipenuhi oleh syarikat-syarikat penerbangan lain.

MAS henti operasi
Sumber: Yahoo Finance

“MAS patut menamatkan perkhidmatan. Dalam kondisi sekarang, tiada rasional kewangan dan ekonomi untuk meneruskan perkhidmatannya. Perniagaan rugi tidak sepatutnya ditersukan.”

JIka syarikat penerbangan ini ditutup, asetnya seperti pesawat dan lain-lain boleh digunakan untuk membayar hutang manakala pekerja-pekerjanya boleh diambil oleh syarikat penerbangan lain seperti Malindo Airways atau AirAsia.

“Pada pandangan saya, apa yang lebih penting adalah untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebabkan kerugian MAS, perlu bertanggungjawab.”

Shukor berkata, persoalan yang masih belum terjawab, adakah MAS benar-benar memberi kesan penggandaan kepada ekonomi Malaysia melalui pendapatan pelancongan?

Manakala Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad berkata, MAS memberi kesan penggandaan lapan hingga sepuluh kali ganda untuk setiap dolar pelancong yang dibawa masuk oleh syarikat penerbangan itu ke Malaysia.

Selasa lepas, Khazanah telah mengumumkan bahawa separuh daripada jumlah kemerosotan kos sebanyak RM7.3 bilion pada 2018 adalah disebabkan oleh syarikat penerbangan berkenaan dan dana kerajaan telah meminta MAB mengadakan strategi baharu atau hentikan sahaja operasinya.

Ada yang mencadangkan MAS mungkin mendapat manfaat jika menutup beberapa anak syarikat yang kurang menguntungkan termasuk Firefly, MASwings, MAB Kargi, AeroDarat Services dan MAB Academy.

Sumber: New Straits Times, Coconuts