Selepas 25 Tahun, Highland Tower Bakal Roboh Pada Jun 2019

Sumber: Rojak Daily

Bangunan yang pernah melalui satu tragedi terburuk selepas Malaysia mencapai kemerdekaan sehingga ke hari ini. Meragut 48 nyawa akibat daripada runtuhan satu daripada tiga blok bangunan pada 11 Disember 1993, tragedi ini masih lagi menjadi bualan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sudah terbiar lebih 25 tahun, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Zuraida Kamarudin mengumumkan bahawa bangunan ini akan diruntuhkan pada Jun 2019 setelah melalui proses perbincangan bersama pihak Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Kerja peruntuhan bangunan Highland Tower untuk dijadikan sebagai kawasan rekreasi ini sepatutnya sudah dimulakan sejak Oktober 2018, namun atas sebab mahu mengenal pasti struktur bangunan menyebabkan kerja peruntuhan telah dianjak ke Jun 2019.

Highland Tower
Sumber: Kosmo

Kerja peruntuhan bangunan ini pastinya akan menelan belanja yang banyak. Oleh itu pihak pemaju telah bersetuju memberikan dana sebanyak RM2 juta sebagai bantuan bagi melancarkan lagi proses.

Menempatkan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3 di pangkalan barat bukit curam yang kemudiannya ditereskan secara meluas pada awal 1980-an, keruntuhan adalah disebabkan oleh kejadian tanah runtuh selepas hujan lebat berterusan.

Ada desas desus mengatakan bahawa angka rasmi kematian seramai 48 orang yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa adalah berbeza daripada sumber lain iaitu lebih daripada 55 orang; kebanyakannya warga Malaysia dan 12 orang asing.

Highland Tower
Sumber: NST

Antara kontrovesi lain yang timbul akibat daripada tragedi ini ialah:

1. Kesilapan ketidaksempurnaan reka bentuk tembok penahan yang dibina belakang Blok 1.

2. Sistem saliran dan perparitan kawasan pangsapuri mewah di Hulu Klang tidak diselenggara dengan sistematik menyebabkan pembentukan sasaran saliran dari atas bukit terus turun ke kawasan berhampiran Highland Tower.

3. Gaya hidup individu bertaraf tinggi dan mempunyai kedudukan dalam status sosial terlampau bangga menghuni di kawasan lerng, cerun dan tanah tinggi menyebabkan pihak pemaju menjadi kapitalis; berlumba-lumba mencipta keuntungan walaupun risiko kematian tinggi.

4. Tiada pemantauan cerun oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan kerajaan negeri Selangor yang tidak boleh membatalkan kontrak pembangunan kerana terikat dengan implikasi undang-undang; bakal berdepan saman dari pemaju.

Highland Tower
Sumber: NST

Dari tragedi ini dapat kita lihat, sifat tamak pemaju dan keangkuhan manusia sebenarnya menjadi penyebab berlakunya tragedi runtuhan terburuk di Malaysia. Kesan daripada kejadian ini, Highland Tower dikatakan dipenuhi dengan roh-roh mangsa yang tidak aman sehinggakan menjadi destinasi kegemaran ‘pemburu hantu’.

Harapnya, proses meruntuhkan bangunan Highland Tower ini boleh berjalan secara lancar; tanpa melibatkan korban nyawa lagi.

Sumber: New Straits Times

Tanpa sedar makanan kita menjadi racun.

6 Masakan Menjadi Racun Apabila Dipanaskan Semula

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.