Resipi Kuih Kaswi Lebih Lembut Dan Berlemak

Sumber: Bidadari

Daripada membancuh tepung, baiklah beli sahaja kuih di gerai-gerai tepi jalan. Lebih mudah dan tidak perlu bersusah payah bergelut dengan bancuhan tepung dan sukatan bahan.

Mesti anda tergolong dalam golongan ini kan? Tapi tahukah anda kepuasan makan kuih yang dibeli dengan anda buat sendiri adalah berbeza? Jadi, hari ini kami kongsikan resipi mudah kuih kaswi yang menjadi kegemaran ramai.

Bahan-bahan A:

*1 cawan gula merah
*1 cawan gula putih
*2 cawan air
*Sehelai daun pandan

Bahan-bahan B:

*2 cawan tepung gandum
*1 cawan tepung ubi kayu
*3 cawan air
*2 sudu besar bancuhan air kapur

Bahan-bahan C:

*1 biji kelapa parut
*Sedikit garam

Cara masak:

1. Masak gula merah dan gula putih bersama daun pandan (bahan A) supaya kuih jadi lebih wangi dan sedap.

2. Agak-agak sudah larut, tapis bahan A. Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk berisi bahan B dan kacau sehingga sebati.

3. Tuang adunan ke dalam loyang (agak-agak 3/4 penuh) dan kukus dalam 25-30 minit.

4. Angkat dan sejukkan adunan kuih sebelum dipotong.

5. Selepas sejuk, salutkan kuih yang sudah dipotong dengan bahan C.

Resipi Kuih Kaswi

Tip 1: Balut penutup kukus dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh menitis ke atas atau dalam adunan kuih.

Tip 2: Gula merah boleh digantikan dengan kepingan gula melaka atau dicampurkan keduanya, asalkan anggaran gula tersebut adalah satu cawan.

Tip 3: Gunakan cawan yang sama untuk hasil yang tepat.

Sumber: iResipi

Peminat kambing rugi kalau tak cuba datang Al-Rawsha ini.

Nasi Arab @Al Rawsha

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.