Sejukkan Badan Dengan 5 Resipi Smoothie Pisang Ini

resipi smoothie pisang

Cuaca panas ini memang kena berjaga-jaga, kurangkan aktiviti luar elakkan daripada terkena strok haba. Apa kata cuba buat minuman smoothie sedap dan berkhasiat ini.

1. Smoothie betik bersama pisang

smoothie pisang
Sumber: Food Network

Bahan:

1 cawan susu
1/4 greek yogurt
1 sudu kecil esen vanila
Pisang
Betik
Ais

Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan dan kisarkannya.

2. Smoothie coklat bersama pisang

resipi smoothie pisang
Sumber: Joyofkosher

Bahan:

1 biji pisang
1 sudu besar sirap coklat
1 cawan susu
Ais

Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan dan kisarkannya.

3. Smoothie blueberry bersama pisang

resipi smoothie pisang
Sumber: Archana’s Kitchen

Bahan:

1 cawan teh hijau
1 biji pisang
1 cawan susu vanila
1 cawan blueberry yogurt
2 sudu besar madu
Ais

Cara penyediaan:

Kisar semua bahan secara konsisten.

4. Smoothie nanas bersama pisang

resipi smoothie pisang
Sumber: Nutrirecipes

Bahan:

1 biji pisang dipotong
1/2 cawan jus nanas
1 sudu kecil esen vanila
Ais

Cara penyediaan:

Satukan kesemuanya dalam mesin pengisar. Kisar sehingga tiada lagi ketulan ais.

5. Smoothie mangga bersama pisang

resipi smoothie pisang
Sumber: RasoiTime

Bahan:

Pisang
1/4 cawan greek yogurt
3/4 cawan susu
1 cawan mangga
Ais

Cara penyediaan:

Kesemua bahan dikisar. Sedia diminum.

Tips: Bahan-bahan smoothie juga boleh dibekukan untuk penyediaan mudah. Hanya masukkan greek yogurt dan susu untuk dicampurkan.

Kalau berani, cabar diri naik,

7 Roller Coaster Paling Menakutkan Di Dunia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Roller Coaster Paling Menakutkan Di Dunia

Mintak nyawa… mintak nyawa..!

Posted by MakanLena on Tuesday, February 26, 2019