Makan Coklat Setiap Hari, Wanita Tertua Ini Dedah Rahsia Hidup Lama

manusia tertua makan coklat

Tidak ramai orang dapat hidup lebih daripada 100 tahun. Sering kita dengar rahsia atau petua untuk mendapatkan jangka hayat panjang, perlu amalkan pemakanan yang sihat.

Jangan terperanjat, apabila ada rahsia antara mereka yang berjaya mencapai umur tiga angka ini kadang-kadang hanya amalkan gaya hidup seperti biasa sahaja seperti makan telur ayam dan mengayuh basikal. Namun, terdapat juga rahsia aneh dan tidak masuk akal seperti bermain Bingo dan bermain teka silang kata.

manusia tertua makan coklat
Sumber: This Is Italy

Manusia tertua di Eropah meninggal dunia pada umur 116 tahun. Giuseppina Projetto menetap di Itali sejak dari lahir pada tahun 1902 dan meninggal pada 6 Julai 2018. Dia merupakan orang kedua yang paling tua di dunia ketika itu.

Dikenali sebagai ‘nonna Itali’, rahsia Projetto diketahui hidup lama kerana gemar memakan coklat setiap hari di samping sentiasa bersikap positif sepanjang hayatnya.

Dan kini, tinggal dua warga Itali iaitu wanita tertua di Eropah dan ketiga tertua di dunia yang mana kedua-duanya menetap di Jepun.

Sumber: Travel And Leisure

 

Peminat kambing rugi kalau tak cuba datang Al-Rawsha ini.

Nasi Arab @Al Rawsha

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.