Makanan Ini Haram Dimakan Di Negara Tertentu

Sumber: Packaging Strategies

Ada sesetengah makanan yang diharamkan di negara-negara tertentu atas faktor kesihatan atau etika. Kalau diharamkan atas faktor kesihatan mungkinlah masih boleh difahami, tetapi cuba bayangkan makanan kegemaran anda diharamkan hanya kerana peraturan kerajaan?

1. Kinder Joy

Di Amerika Syarikat, manisan berbentuk telur yang datang sekali bersama mainan diharamkan kerana mengandungi objek yang tidak boleh dimakan di tengah dan telah melanggar kawalan Pentadbiran Makanan dan Dadah. Dipercayai boleh menyebabkan kanak-kanak tercekik kerana tidak dapat membezakan mainan tersebut bukanlah coklat yang boleh dimakan.

Rasanya para ibu bapa pun pasti mahukan coklat ini diharamkan di Malaysia, kan? Tapi mungkin kerana faktor harga yang terlalu mahal dan bukannya seperti di Amerika.

MakananYang Diharamkan
Sumber: Packaging Strategies

2. Foie gras

Turut dikenali dengan nama fat liver, foie gras ini adalah makanan khas Perancis yang diberbuat dari hati angsa ini diharamkan di California. Dengan alasan memperlakukan haiwan ternakan dengan kejam, angsa akan diberi makan melalui tiub untuk membesarkan hati mereka sepuluh kali ganda dari saiz asalnya.

Berbeza dengan tukang masak dan penternak di California yang melihat makanan ini sebagai satu sumber pendapatan dan mempunyai rasa enak, PETA, sebuah pertubuhan hak asasi haiwan turut menyokong pengharaman ini bersama beberapa negara lain seperti Finland, Norway, Poland, Denmark, Itali, India, Jerman dan Israel.

Makanan Yang Diharamkan
Sumber: IGA

3. Gula-gula getah

Singapura, sebuah negara yang terkenal dengan sikap pembersih telah mengharamkan gula-gula getah bermula tahun 1992 sebagai usaha menjaga kawasan jalanan bebas dan bersih dari kotoran. Jika terdapat kedai yang menjual gula-gula getah ini secara haram, hukuman dua tahun penjara atau denda sebanyak 1,000 dolar Singapura akan dikenakan.

Kalau ke Singapura, jangan berani-berani nak cuba seludup gula-gula getah!

Makanan Yang Diharamkan
Sumber: medical Xpress

4. Sos tomato

Kalau di Malaysia, tidak sah kalau makan burger tanpa sos. Tapi di Perancis, larangan penggunaan sos berasaskan tomato manis telah dikuatkuasa kepada pelajar sekolah pada tahun 2011 kerana risaukan masalah kesihatan. Demi mengekalkan tradisi makanan Perancis yang banyak menggunakan sos tomato, para pelajar hanya dibenarkan makan sos tomato yang dicicah kentang goreng sekali seminggu sahaja.

Nasib baiklah bukan sos cili, kalau tidak habislah rakyat Malaysia yang duduk di sana kerana tidak merasa keenakan burger seoptimum mungkin.

Makanan Yang Diharamkan
Sumber: The Takeout

5. Coklat M & M

Diharamkan di Sweden bukan kerana kandungannya yang tidak sihat; tinggi kandungan gula. Tetapi ianya diharamkan kerana mahkamah Sweden memutuskan penjenamaan M & M terlalu sama dengan bungkusan makanan ringan, M oleh Mondelez yang sudah wujud di Sweden sejak 1957 lagi.

Tapi M & M sudah ada sejak 1941, jadi siapa yang tiru siapa ini?

Makanan Yang Diharamkan
Sumber: All That’s Interesting

6. Ikan siakap

Mempunyai rasa yang berlemak, ikan siakap atau nama globalnya sea bass memang digemari semua lapisan masyarakat. Popular di restoran first class seluruh negara, Great Britain mengharamkan rakyatnya memancing ikan siakap secara komersial di laut atas sebab menjaga populasi ikan jenis ini daripada pupus.

Walaupun pengharaman ini bukanlah dalam bentuk satu akta penguatkuasaan, ada juga di antara rakyat Great Britain yang patuh dan hanya makan ikan siakap dalam acara-acara tertentu sahaja.

Makanan Yang Diharamkan
Suber: Tesco Real Food

7. Susu mentah

Trend minum susu mentah sebenarnya boleh menyebabkan keracunan makanan dan kematian disebabkan wabak E. coli. Tidak seperti susu yang sudah melalui proses pempasteuran, susu mentah dipercayai boleh membawa penyakit haiwan seperti TB kepada manusia.

Di Scotland, jualan susu mentah telah diharamkan. Tetapi di Amerika dan negara-negara Eropah yang lain masih menjual secara bebas sehingga ada di antara mereka yang memasang mesin jualan susu mentah secara layan diri!

Pelik bukan, dah bahaya pun masih lagi nak minum.

Makanan Yang Diharamkan
Sumber: Medium

Kalau makanan tersebut didapati boleh membahayakan kesihatan, memang wajarlah pun ianya diharamkan. Itu tandanya kerajaan prihatin dengan tahap kesihatan rakyat mereka. Bukan begitu?

Sumber: Eat This, Not That!

Kalau ke Phuket sebab nak tengok pulau, bolehlah singgah pulau dalam senarai bawah ini.

5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.