Resipi Mudah 3 Langkah Masak Menu Perut Ala Padang

Tidak ramai yang selera makan bahagian perut lembu kerana ia merupakan organ dalaman haiwan. Tapi sesiapa yang pernah makan, pasti akan mencari lagi kerana rasanya yang berlemak dan sangat enak, berbeza dengan daging.

Selalu kalau perut, orang akan memasak dengan cara merebus dan makan bercicahkan sambal. Apa kata kali ini kita cuba menu baharu iaitu perut masak ala padang.

Bahan-bahan:
**500g perut muda (rebus hingga lembut dan potong kecil)
**7 biji bawang merah (kisar)
**3 ulas bawang putih (kisar)
**1 1/2 inci halia (kisar)
**1 inci lengkuas (kisar)
**2 batang serai (titik)
**1 mangkuk santan
**2 helai daun limau purut
**1 helai daun kunyit
**Garam dan gula
**Minyak

Gulai Perut Ala padang 1

Cara penyediaan:

1. Tumis bahan kisar, serai, daun kunyit dan daun limau purut.

2. Setelah naik bau, masukkan perut dan gaul sebati sebelum masukkan santan.

3. Sudah agak mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa sebelum dihidangkan.

Mudah sahaja kan? Bolehlah cuba mana yang teringin nak makan perut itu.

Sumber: Rasa

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!