Caj Perkhidmatan Penumpang Bagi Penerbangan Luar ASEAN Dikurangkan RM50

Caj Perkhidmatan Penumpang RM50
Sumber: Mstar

Sebelum ini, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah mengenakan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) sebanyak RM73 kepada para penumpang yang menggunakan KLIA2 ke destinasi-destinasi di luar ASEAN sejak Julai 2018.

Dalam perkembangan terbaharu, kerajaan telah mengurangkan PSC untuk penerbangan antarabangsa (luar ASEAN) kepada RM50 bukan sahaja di KLIA2 tetapi di semua lapangan terbang Malaysia kecuali KLIA.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kadar baharu itu akan berkuatkuasa pada 1 Oktober 2019 ini.

Susulan itu, bagi penumpang yang membayar PSC RM73 untuk penerbangan dari 1 Oktober dan seterusnya, boleh menuntut bayaran balik daripada syarikat penerbangan masing-masing. Kadar PSC untuk penerbangan domestik dan Asean di semua lapangan terbang telah dikekalkan masing-masing pada RM11 dan RM35.

Caj Perkhidmatan Penumpang RM50
Sumber: FMT

Mengulas lanjut, pengurangan caj tidak terpakai di KLIA kerana ia merupakan lapangan terbang premium.

“KLIA adalah lapangan terbang premium. Perlu ada perbezaan antara lapangan terbang premium dan lapangan terbang lain. Saya rasa kebanyakan orang boleh bersetuju bahawa tahap infrastruktur adalah berbeza,” jelas Anthony Loke.

Tambahan lagi, pengurangan caj perkhidmatan penumpan ini tidak berkaitan dengan masalah antara MAHB dan AirAsia.

BACA: AirAsia Mula Kutip Caj Perkhidmatan Penumpang RM73

Sumber: Malaysia Kini

 

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!