Dapat Ayam Saiz Kecil? Jangan Risau Ini Tindakan Yang Boleh Anda Lakukan Menurut Bekas Pekerja KFC

Jika dilakukan survey pada peminat/pelanggan restoran makanan segera, terutamanya pada jenama terkenal seperti KFC dan McDonald’s yang mana menu utamanya ialah ayam, pasti akan ada feedback seperti ‘ayam semakin kecil’, ‘saiz ayam dah tak sama macam dulu’ dan sebagainya.

Tapi tahukah anda, rupa-rupanya jika anda beli ayam di KFC dan saiz ayam yang ada dapat adalah seperti di bawah, anda berhak untuk meminta pekerja KFC menukarkan ayam kepada saiz yang anda berpuas hati?

Ayam KFC Kecil

Ya, ini pendedahan yang dibuat oleh seorang bekas pekerja KFC sendiri. Jika ayam yang anda dapat itu kecil, ini tindakan yang boleh anda lakukan.

Makan di restoran:

1. Jangan sentuh ayam dan terus bawa ke kaunter untuk menukar ayam sehingga anda berpuas hati.

2. Jika masih tidak puas hati, anda boleh minta untuk dikembalikan wang pembelian.

Take away atau drive through:

1. Semasa dapat pesanan anda, terus periksa (minta penyepit) terutamanya jika bahagian yang anda ambil ialah bahagian kepak dan peha.

2. Nak lebih senang, minta pekerja letakkan kepak dan peha di bahagian atas semasa melakukan membungkus.

3. Minta tukar serta merta jika saiz ayam yang anda dapat kecil dan anda tidak berpuas hati dengannya.

Ayam KFC Kecil 2

Beliau, Mohd Firdaus Jailan memberitahu, masalah ini berlaku akibat daripada:

1. Pekerja mencuci ayam tidak mengikut prosedur.

2. Pekerja yang menggoreng ayam tidak mengikut prosedur.

3. Pekerja yang racking ayam tidak mengikut prosedur.

4. Pekerja yang menghidang ayam tidak mengikut prosedur.

Apabila empat lapisan SOP ini dilanggar, akibatnya pelanggan akan mendapatkan kualiti ayam sebegini. Jika standard yang ditetapkan KFC diikuti, pada langkah pertama sahaja, ayam sebegini tidak akan diproses.

Jadi selepas ini bolehlah kita tahu apa yang boleh kita lakukan jika saiz ayam yang kita beli di KFC tidak mengikut saiz yang sebenarnya.

Sumber: Mohd Firdaus Jailan

 

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!