Caj Levi Pelepasan Berkuatkuasa Mulai 1 September Ini

Sumber: Mole.my

Dalam pembentangan Bajet 2019, kerajaan bercadang mahu mengenakan levi pelepasan bagisemua penumpang udara ke luar negara, iaitu RM20 ke negara ASEAN dan RM40 ke negara lain mulai 1 Jun 2019.

BACA: Jemaah Haji Dan Umrah Kali Pertama Dikecualikan Daripada Levi Pelepasan Udara, Melancong Ke Luar Negara Dikenakan Levi Pelepasan Bermula Jun Depan

April lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Levi Pelepasan 2019 yang kemudiannya diputuskan kabinet untuk mula melaksanakannya pada 1 September 2019.

Levi pelepasan ini merupakan tambahan kepada caj perkhidmatan penumpang sebanyak RM73 yang dikenakan di lapangan terbang.

cukai sayonara Jepun
Sumber: South China Morning Post

Pelancong yang menuju destinasi Asean dengan menggunakan kelas ekonomi perlu membayar RM8 manakala RM50 akan dikenakan kepada penumpang kelas perniagaan dan pertama.

Manakala mereka yang menuju ke destinasi bukan Asean pula akan dikenakan RM20 untuk kelas ekonomi dan RM150 untuk kelas pertama dan perniagaan.

Cukai levi yang dilaksanakan ini dikatakan bertujuan untuk menggalakkan pembangunan pelancongan domestik.

Sumber: FMT

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!