Resipi Nasi Tomato Ringkas Dan Pasti Sedap

Resipi Nasi Tomato

Selalu dapat makan nasi tomato apabila datang ke majlis keramaian seperti kenduri, rumah terbuka dan jamuan. Nasi tomato pasti dipasangkan bersama ayam masak merah dan acar timun. Kadang-kadang ada juga yang menghidangkan nasi tomato bersama daging masak merah dan kuah kari.

Tidak perlu susah-susah tunggu kenduri baru dapat makan nasi tomato sebab buat sendiri pun boleh. Tak susah pun. Jom kita lihat resipi nasi tomato ini.

Resipi Nasi Tomato
Sumber: Fave

Nasi Tomato

Bahan-bahan:

6 cawan beras biasa (nak lagi sedap guna beras Basmathi)
6.5 cawan air
4-5 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
4-5 biji buah pelaga
1/4 cawan minyak zaitun
Sedikit minyak sapi (boleh gantikan dengan marjerin)
1 biji bawang holand dicincang dadu
Setengah botol sos cili atau sos tomato
Sebiji tomato dicincang dadu
Kiub ayam

Bahan kisar:

2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 hiris halia

Cara memasak:
1. Cairkan minyak sapi dengan api yang sederhana dan tumiskan rempah selama 1-2 minit.
2. Masukkan bahan yang sudah dikisar halus.
3. Masukkan pula bahan yang dicincang dadu tadi.
4. Kecilkan api dan tuangkan sos cili, masuk kiub ayam, dan garam. Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.
5. Kacau rata selama 1-2 minit, masuk 1 cawan setengah air, (kalau nak letak air lebih pun boleh ikut masing-masing, tapi nasi dah masak atas dapur agak kembang, letak air lebih nanti nasi hancur)
6. Biarkan cecair meresap ke dalam beras sebentar.
7. Kecilkan api, tanak nasi hingga masak.

Ayam masak merah

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam digaul garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak
5 sudu makan cili kisar
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos cili
1 biji bawang holand dipotong bulat
1 batang serai dititik

Bahan kisar:

1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai

Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar. Masukkan serai, tumis hingga wangi.
2. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga agak masak.
3. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata.
4. Masukkan ayam yang sudah di goreng. Kacau rata biarkan sebentar sampai ayam betul-betul masak, masuk bawang holand yang dipotong bulat. Gaul hingga bawang layu.

Acar timun

Timun*
Lobak merah*
Cili merah*
Bawang besar*
Sedikit cuka makan
2 senduk gula pasir
Garam

* Semua bahan dihiris memanjang

Cara penyediaan:
1. Masukkan cuka, gula dan garam dan dikacau hingga hancur.
2. Masukkan bawang besar, cili merah dan lobak merah yang dihiris.
3. Akhir sekali, masukkan timun dan sesuaikan rasa.

Buat sendiri memang puas hati. Boleh tambah seberapa banyak yang kita mahu.

Selamat mencuba!