Resipi Rahsia Kek Coklat Kukus, Lembab Dan Lembut

Tengok sahaja lelehan coklat gelap di atas kek coklat, memang menggiurkan. Tambah lagi bila kita lihat tekstur kek yang lembab dan lembut. Memang ianya jadi punca kepada masalah perkataan diet yang hilang.

Nak buat kek coklat yang sebegitu susah ke? Eh, tak. Mudah sahaja. Jom ikut resipi di bawah. Mesti menjadi.

Bahan kek:

*1 mug minyak masak
*1 mug susu cair
*1 mug susu pekat
*1 mug serbuk koko
*1/2 mug gula pasir dikisar halus dulu
*4 biji telur gred A @ B
*1 1/2 sudu teh baking powder
*1 1/2 sudu teh soda bicarbonate1 sudu teh esen vanila
*1 1/2 mug tepung gandum yang telah diayak

Bahan topping:

*4 sudu besar serbuk koko
*5 sudu besar susu pekat
*3 sudu besar minyak masak
*2 sudu besar susu cair.

Cara penyediaan kek:

1. Campur semua bahan ke dalam pengisar kecuali tepung. Kisar menggunakan blender sahaja.

2. Kisarkan selama 5 minit. Sekiranya anda ingin menggunakan mixer pun boleh, tetapi kacau sebati selama 3 ke 4 minit sahaja.

3. Kemudian tuangkan adunan kedalam mangkuk yang besar.

4. Tuangkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis dan kacau sebati.

5. Sapukan acuan atau loyang dengan butter atau minyak.
**Nota: Jangan lupa tutup loyang dgn plastic wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek.

6. Panaskan air didalam periuk kukus dan kukus selama 1 jam atau sampai betul–betul masak.
**Nota: Anda boleh panaskan air semasa mengisar bahan–bahan tersebut kerana proses untuk buat kek ini sekejap sahaja.

Cara penyediaan topping:

1. Campur semua kedalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan. Kacau sehingga sebati.

2. Kemudian, tuangkan terus ke atas kek. Kek siap dan sedia untuk dimakan!

Resipi Kek Coklat Kukus
Sumber: Dari Dapur

Mudah kan? Bolehlah buat sebagai dessert berbuka nanti. Tak pun sebagai hidangan selepas moreh.

Yummy!

Sumber: Saji

Poyo je Salt Bae ini.

13 Gaya ‘Poyo’ Salt Bae Dalam 3 Minit

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.