Restoran Halal China Diarah Turunkan Simbol Berkaitan Islam

Restoran China diarah turun simbol halal
Sumber: The Sun UK

Antara perkara yang menjadi keutamaan apabila melancong ke luar negara bagi masyarakat Muslim ialah mencari makanan halal.

Cara mudah mencari makanan halal terutama di negara yang majoritinya bukan Islam ialah dengan mencari restoran yang mempamerkan logi pensijilan halal.

Jika sebelum ini masyarakat Muslim mudah melancong ke China kerana terdapat banyak restoran halal yang mudah didapati di sana. Namun, terkini pihak berkuasa di Beijing mengarahkan restoran dan gerai halal supaya membuang tulisan dan simbol Arab yang dikaitkan dengan Islam daripada papan tanda premis mereka.

Restoran China diarah turun simbol halal
Sumber: The Irrawaddy

Menurut laporan, tindakan tersebut dilihat sebahagian usaha China meluaskan usaha sinicize atau menerapkan nilai-nilai China oleh kerajaan kepada populasi Muslim.

Pekerja di 11 restoran dan kedai yang menjual produk halal di Beijing mendakwa pegawai kerajaan telah mengeluarkan arahan itu.

Kakitangan kerajaan daripada pelbagai agensi membe­ritahu seorang pengurus kedai mi di sini supaya menutup tulisan halal dalam perkataan Arab sambil mereka memantaunya.

“Mereka berkata ini merupakan kebudayaan asing dan anda patut menggunakan lebih budaya China,” kata seorang pengurus yang enggan dikenali.

Difahamkan, kempen terhadap tulisan Arab dan imej Islam menandakan fasa baharu program yang dilancarkan kerajaan yang telah mendapat momentum sejak 2016 bertujuan untuk memastikan agama selaras dengan arus perdana budaya Cina.

Restoran China diarah turun simbol halal
Sumber: The Sun UK

Kempen untuk menerapkan ideologi Parti Komunis itu termasuk mencabut kubah ala Timur Tengah pada semua masjid di seluruh negara. China mempunyai 20 juta penganut Islam yang mana secara rasmi dijamin kebebasan beragama namun kerajaan berkempen membawa mereka selari dengan ideologi Parti Komunis.

Apa yang mereka mahukan ialah operasi menjual di China mestilah mengunakan perkataan Mandarin. Bagaimanapun, jawatankuasa Hal Ehwal Ugama dan Agama kerajaan Beijing enggan memberi sebarang komen dan mengatakan bahawa arahan untuk menggantikan perkataan bahasa Arab kepada mandarin adalah rasional.

Sumber: The Sun UK