Sotong Masak Tak Liat Kalau Ikuti Cara Ini

Makanan laut merupakan makanan yang digemari oleh ramai orang. Diakui makanan laut seperti ketam, udang, sotong dan sebagainya enak dimasak dengan pelbagai jenis menu mengikut kepada citarasa masing-masing.Namun, untuk memasak makanan laut seperti sotong memerlukan cara dan teknik yang betul supaya sotong tidak liat.

P1110061

Resepi masakan

Kami kongsikan kepada anda cara berkesan untuk mendapatkan sotong yang lembut apabila dimasak.

1. Bersihkan sotong dengan bersih dan buangkan dakwat hitam sotong. Jika ingin menyimpan dakwat sotong, tiada masalah. Bergantung kepada resipi menu masing-masing.

2. Kemudian, potong sotong mengikut cara anda tersendiri. Boleh sahaja potong sotong secara bulat-bulat ataupun tidak perlu potong sama sekali.

3. Masak sotong dengan api dapur yang kecil.

4. Jangan masak sotong terlalu lama. Jika sotong terlebih masak, ia akan menjadi liat.

5. Anda juga boleh perapkan sotong bersama lemon atau limau nipis untuk melembutkan sotong apabila dimasak. Selain daripada dapat melembutkan sotong, limau nipis atau lemon juga dapat menghilangkan rasa hanyir pada sotong.

image-2

Rasa

Tip tambahan :

1. Untuk resipi salad, sotong yang digunakan perlu dimasukkan ke dalam air mendidih lebih kurang 2 minit.

2. Jika anda ingin menggoreng sotong, pastikan minyak yang digunakan banyak hingga dapat menenggelamkan sotong.

3. Untuk mengelakkan sotong menjadi kecut apabila dimasak, rendamkan sotong dengan air yang telah dicampur cuka selama 5 minit.

Selamat mencuba cara yang kami kongsikan ini. Sekiranya anda mempunyai cara lain untuk melembutkan sotong, dialukan untuk berkongsi bersama kami.