Mana Lebih Elok. Tapau Atau Makan Di Kedai?

tapau

Pernahkah anda terfikir adakah lebih baik dan lebih memuaskan membawa pulang makanan pesanan anda?

Semakin bertambahnya jumlah penduduk dunia, tentunya seiring dengan tumbuhnya tahap jualan makanan di pelbagai negara. Salah satu syarikat makanan pizza ternama di dunia, Domino’s Pizza melaporkan bahawa tahap jualan produk mereka naik sehingga 19 peratus sejak pergantian tahun.

Namun salah satu faktor penyokongnya adalah kerana peningkatan jumlah pesanan delivery dan produk makanan mereka yang dibawa pulang, tapau ataupun take away, berbanding dengan orang yang makan di gerai mereka, dipetik dari metro.co.uk.

Apakah sebabnya berlaku seperti ini? Berikut dipaparkan mengapa makan di rumah (dengan membawa pulang pesanan dari restoran atau gerai atau menempah melalui telefon atau internet ataupun delivery order) lebih baik berbanding makan di sesuatu tempat.

1. Anda tidak perlu meninggalkan rumah

Makanan yang dihantar terus ke hadapan pintu rumah anda. Itu adalah sebab yang sesuai dengan kemalasan anda atau ketika anda ingin menikmati saat bermalas-malasan.

2. Tidak perlu usaha

Dalam konteks ini maksudnya anda tidak perlu melakukan aktiviti perjalanan ke lokasi restoran ataupun gerai. Mulai dari bangun tidur, mandi, memilih baju, seluar dan kasut yang ingin dipakai, sehingga lengkap berpakaian.

Dengan berada di rumah, anda boleh menempah delivery order ketika sedang tidak berpakaian pun. Haha. Makan ayam goreng, burger atau pizza di atas tempat tidur? Sudah tentu boleh!

3. Begitu banyak pilihan

Seluruh menu makanan terbaik dunia kini ada di dalam genggaman anda, tinggal menekan sahaja keyboard komputer, laptop mahupun smartphone.

4. Anda boleh mendapatkan menu berbeza apabila hari semakin larut malam

Itu adalah impian seseorang yang tidak menjalani diet. Tak perlu lagi keluar lewat malam hanya untuk mendapatkan makanan. Buat delivery order sahaja dah cukup.

5. Makanan ini adalah langkah awal penyelesaian menghalang anda membuat perjalanan

Anda tahu ketika pulang ke rumah selepas keluar lepak di waktu malam, pizza adalah makanan yang anda inginkan.

BACA: Mukbang BJ, Makan Banyak Dapat Buat Duit Di Korea Selatan

6. Sebagai penawar lapar

Walaupun pizza anda berada dalam keadaan sejuk, tetapi ia masih rasa enak dan lazat ketika anda menikmati selepas bangun tidur.

7. Anda tidak akan ketinggalan rancangan kegemaran di televisyen

Anda mungkin sudah menggenggam smartphone dan laptop yang mempunyai sambungan Wi-Fi. Namun ini jelas tidak sama dengan menyaksikan rancangan konsert bintang muzik kegemaran anda di televisyen, atau menonton perlawanan bola sepak live di rumah sambil meratah makanan kegemaran.

8. Siapa kata tidak boleh lepak di rumah?

Anda boleh menjemput rakan-rakan ke rumah pada malam minggu dengan menempah banyak makanan enak. Anda masih boleh bersosial.

9. Jadi penyelesaian terbaik sendiri

Kadang-kadang, menyiapkan masakan atau makanan sendiri selepas pulang dari pejabat adalah perkara yang berat. Jadi, untuk menikmati makanan pesanan melalui telefon atau yang anda bawa pulang dari restoran kegemaran, tentu menjadi penyelesaian yang mudah.

10. Pelengkap sempurna bagi pasangan suami isteri

Bercinta pastinya membakar kalori banyak dalam tubuh anda. Oleh itu, anda dan pasangan perlu mengisi dengan memesan makanan dari restoran kegemaran. Berdua-duaan makan di rumah, tentu sangat romantic, kan?