Mukbang BJ, Makan Banyak Dapat Buat Duit Di Korea Selatan

Mukbang BJ

Di Korea Selatan, muncul trend pekerjaan baru yang disebut sebagai ‘Mukbang BJ’. Pekerjaan ini boleh dikatakan sebagai salah satu pekerjaan impian semua orang kerana kerjanya hanya makan dengan banyak tetapi dapat menghasilkan wang.

Bukan pekerjaan main-main, bahkan pendapatan yang dihasilkan oleh seorang ‘Mukbang BJ’ boleh mencapai sehingga 50 juta Won . Perkara tersebut diketahui setelah salah satu ‘Mukbang BJ’ hadir di acara “Same Bed Different Dreams” yang diacarakan oleh Yoo Jae Seok, salah seorang hos untuk Runningman yang terkenal itu.

“Berapa yang aku hasilkan? Kira-kira antara 40 hingga 50 juta Won dalam 200 hari,” kata ‘Mukbang BJ’ yang berusia 27 tahun itu. Wang tersebut dihasilkan dari sumbangan para penonton yang hanya melihat mereka makan.

Bagi mereka yang berminat, ‘Mukbang BJ’ biasanya “bekerja” dengan sistem penstriman video. Mereka perlu makan begitu banyak makanan sambil berinteraksi dengan para penonton melalui video. Penonton boleh menderma wang agar mesejnya nanti dibacakan oleh si ‘Mukbang BJ’.

Derma itu sendiri bukan dalam jumlah yang besar. Namun, kerana banyaknya jumlah penonton yang menderma, hasil kecil itu dikumpulkan dan akhirnya boleh mencapai puluhan juta Won. Jom saksikan video berikut ini

Tahukah anda, di Korea Selatan terdapat sebuah penjara dibina untuk rakyatnya meluangkan masa di hujung minggu bagi menghilangkan tekanan hidup. Penjara Inside Me menyediakan ruang untuk mereka lari daripada kehidupan seharian yang terlampau memenatkan.

Oh ya, adakah anda peminat K-Pop? Jika ya, anda patut ikuti artikel trip jelajah K-POP di Seoul, Korea. Trip ini memang cari K-POP sahaja. Trip ala backpacker tapi tak berapa bajet kot. Kalau berminat, bolehlah ikuti artikel ini ya.

Kepada peminat K-Pop, anda pasti tahu bahawa terdapat banyak artis yang memilik ramai peminat di media sosial. Mungkin anda juga merupakan salah seorang yang meminati mereka. Tapi sedarkah anda bahawa, bukan semua peminat di media sosial ini asli? Dan, artis K-Pop juga tidak kurang ramai pengikut palsu mereka. Jika anda ingin tahu, boleh layari artikel ini.

1 Trackback / Pingback

  1. Mana Lebih Elok. Tapau Atau Makan Di Kedai?

Comments are closed.