‘Sixty Bites TTDI’ Burger Tepi Jalan Paling Sedap Di Lembah Klang

Jika anda sudah biasa makan burger di restoran ternama seperti Chili’s, TGI Friday, Burger King dan sebagainya anda pasti tahu tahap kesedapan burger di setiap restoran ini.

Namun, pada pendapat kami tiada satu pun burger ini yang dapat menandingi ‘burger tepi jalan’ Sixty Bites TTDI. Tanyalah orang yang duduk di Taman Tun Dr Ismail pasti mereka tahu tentang kewujudan burger awesome ini.

Daging patty ini dibuat sendiri 100% oleh pemilik Sixty Bites menggunakan bahagian daging ribeye. Pemiliknya, John Fugu mempunyai pengalaman hampir 15 tahun dalam bidang perhotelan. Menggunakan kepakaran dan pengalamn yang dimiliki, terhasilkah burger yang maha sedap ini di TTDI.

Coming back for more of these burgers #sixtybites #ttdifoodtrucks

A post shared by Angel Valerie (@angelvalerie) on

Jika anda ke sini, jangan lupa untuk buat pesanan burger signature mereka, Chezburger yang dijual pada harga RM9. Burger ini akan hadir dengan satu patty buatan sendiri, roti bun yang juga ditempah khas, caramelized onion serta jem khas. Nak jadikan lebih power, jangan lupa tambah beef bacon. Memang padu!

Sixty Bites mula dibuka jam 8 malam setiap hari dan perlu diingatkan, anda mungkin perlu menunggu hingga 30-40 minit untuk burger anda siap. Biasanya ada yang sudah beratur sebelum Sixty Bites dibuka lagi! Jika ramai yang sanggup menunggu, anda sudah boleh jangka kesedapannya. Dan kami jamin, penantian anda nanti pasti sangat berbaloi.

1 Trackback / Pingback

  1. Set Menu Padu Di 'Kambing Bakar Sahara', Setia Taipan, Shah Alam

Comments are closed.