Sedap Atau Tidak Nasi Lemak Burger McDonald’s Ini?

burger nasi lemak mcdonalds

Baru sahaja dilancarkan secara rasmi semalam, Nasi Lemak Burger McDonald’s ini diinspirasikan daripada tak lain tak bukan, menu kegemaran ramai nasi lemak! Singapura terlebih dahulu melancarkan menu ini dan bagaimana rasa untuk versi Nasi Lemak Burger untuk pasaran Malaysia ini?

Pada pandangan kami, burger ini rasanya memang just nice. Sambal pada burger ini tidak terlalu pedas dan boleh dimakan oleh semua. Apa yang terkandung dalam burger ini? Ada timun, bawang, sambal dan patty ayam yang digoreng. Rasanya persis nasi lemak cuma nasi sahaja yang tak ada.

Katanya pihak McDonald’s Malaysia sudah membuat kajian terperinci untuk mendapat rasa sambal yang terbaik untuk burger ini. Menurut rakan yang pernah cuba menu ini di McDonald’s Malaysia, mereka kata sambal untuk nasi lemak burger Malaysia lebih sedap jika dibandingkan dengan versi Singapura.

Untuk set medium, Nasi Lemak Burger ini dijual pada harga RM16.95. Burger ini kena dengan tekak kami dan untuk anda pembaca Makan Lena, disarankan cuba sendiri. Kalau rasa tak puas, boleh bawa nasi lemak dari rumah dan makan dengan patty ayam burger ini. Sedap!