Sanggupkah Anda Bayar RM3,927 Untuk Set Ayam Goreng Emas Ini?

Tak tahu hendak cakap apa tetapi ayam yang bersalut emas tulen memang wujud! Hanya di restoran mewah The Ainsworth, Amerika Syarikat mereka menawarkan set hidangan unik ini di mana set buffalo wings dicelup dalam emas tulen!

Buat anda yang mungkin keliru sama ada emas boleh dimakan atau pun tidak jawapannya ya, emas selamat untuk dimakan. Idea kepak ayam goreng emas ini datangnya dari Jonathan Cheban di mana ayam yang sudah digoreng akan disalut pula dengan empingan emas 24 karat.

Khabarnya set kepak goreng emas ini bakal dijual pada harga USD1,000 (RM3,927)! Macam harga gelang emas cumanya emas ini disalut pada ayam dan untuk anda makan. Harap-harap pada harga ini, ianya lebih sedap daripada ayam goreng Kyochon.