‘Tiba-Tiba Ada Sumber Haiwan,’ Gadis Ini Kongsi Tip Cari Makanan Halal Di 7-Eleven Jepun

Mencari yang halal sudah menjadi kewajipan sebagai seorang yang bergelar Muslim. Jika bercuti ke negara yang majoritinya beragama Islam, pencarian produk makanan halal tidak sesukar di negara yang majoritinya bukan beragama Islam.

BACA: Ambil Tahu Senarai Barang Terlarang Sebelum Travel Ke Jepun

Umum sedia maklum, 7-Eleven di seluruh dunia mempunyai konsep dan produk yang berbeza. Oleh itu, ramai pelancong tidak akan melepaskan peluang mencari 7-Eleven di setiap negara yang mereka lawati bagi melihat keunikannya terutamanya dalam produk makanan di sana. Sebagai contoh, di Jepun, kedai 7-Eleven mereka akan dipenuhi dengan makanan yang pelbagai dan berbeza seperti di Malaysia.

7-Eleven Jepun Produk Makanan Halal 1

Tetapi tahukah anda, kebanyakan daripada produk makanannya mempunyai bahan yang berunsurkan haiwan? Ini termasuklah bahan makanan biasa seperti roti dan air minuman dalam kotak atau pun tin. Baca perkongsian daripada wanita yang tinggal di Jepun ini.

7-Eleven Jepun Produk Makanan Halal 2

Banyak daripada produk makanan menggunakan pengemulsi daripada sumber haiwan. Bahan yang digunakan selalu bertukar mengikut musim.

7-Eleven Jepun Produk Makanan Halal 3

 Jangan tanya makanan tersebut halal atau tak. Lebih baik jika tanya jika ada bahan yang menggunakan sumber daripada haiwan.

7-Eleven Jepun Produk Makanan Halal 4

Perkataan yang boleh anda gunakan untuk kenal pasti bahan yang mengandungi sumber haiwan yang ‘diragui’.

7-Eleven Jepun Produk Makanan Halal 5

Bagi memudahkan pelancong Muslim, bahagian halal Jepun ada memuat naik kad diet yang boleh ditunjukkan kepada peniaga bagi mengetahui sama ada bahan makanan yang anda mahukan mempunyai unsur-unsur diragui.

7-Eleven Jepun Produk Makanan Halal 6

Semoga ini dapat membantu anda yang ingin melancong ke Jepun! Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh layari laman web Halal Navi Blog.

Satu lagi kedai makan Korea yang wajib anda cuba.

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall

dan jangan lupa subscribe YouTube MAKANLENA.