Tip Sotong Goreng Tepung Rangup, Rasa Macam Makan Di Kedai

Sotong goreng tepung sememangnya digemari dan menjadi pilihan ramai tidak kira lapisan umur. Pastinya, tidak puas ketika makan di kedai. Lebih puas dapat goreng sendiri di rumah. Nak makan berulang kali pun boleh.

Untuk penggemar sotong goreng tepung boleh mencuba tip ini untuk menggoreng sotong sendiri di rumah. Jangan risau, sotong selamat dari meletup-letup ketika digoreng. Malah, tepungnya pun elok melekat dan rangup.

Berikut adalah 3 tip untuk buat sotong goreng tepung di rumah.

1. Keringkan Air Sotong

a4
Imej via mingguan wanita

Setelah siap basuh sotong, toskan airnya dan biarkan sehingga kering. Kalau nak cepat, boleh lapkan sotong yang telah siap dibasuh dengan tisu.

2. Guna Tepung Serbaguna Kering Atau Basah

o1AJ9qDyyJNSg3j52kokyfvD831NZXon6ceEe3hijLqbdwmyQ
Imej via Busy.org

Apabila sotong dah kering, gaulkan sotong ke dalam tepung kering atau basah. Jika menggunakan tepung serbaguna basah, tepung perlu dibancuh dengan sedikit air dan telur dahulu.

3. Guna Minyak Masak Yang Banyak

Untitled-design-12
Imej via Rasa

Untuk menggoreng, pastikan minyak masak dalam kuantiti yang banyak dengan api yang besar. Pastikan juga minyak dah betul-betul panas baru masukkan sotong yang telah dicelup tepung. Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menggoreng sotong. Dikhuatiri, sotong jadi liat.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Jika anda mempunyai tip lain, boleh kongsikan bersama kami.
“Sharing is caring.”