Tip Travel Secara Solo Untuk Wanita

Tip Travel Secara Solo
Sumber: Indonesia360

Bukan mudah bagi seorang wanita untuk travel seorang diri memandangkan keselamatan wanita amat penting lebih-lebih lagi di negara yang mempunyai tinggi kadar tidak selamat untuk dilawati oleh wanita.

BACA: Malaysia Negara Asia Ke-3 Bahaya Untuk Wanita ‘Solo Travel’ – Kajian

Berikut merupakan tips untuk travel secara solo, bertujuan untuk menjadikan perjalanan anda lebih menyeronokkan dan selamat.

1. Jangan lupa barang praktikal

Semasa merancang perjalanan, anda mungkin memikirkan itinerari, penginapan, pengangkutan, dan beberapa hal yang lain. Walau bagaimanapun, anda perlu memikirkan perkara praktikal juga.

Contohnya, jangan lupa untuk membawa pengecas gajet anda seperti telefon pintar, tablet, dan kamera anda.

2. Seimbangkan hidup

Melancong ialah cara sempurna untuk mengimbangi kehidupan anda. Keseimbangan bermaksud meninggalkan ketakutan dan mencabar diri untuk membolehkan anda menikmati pengalaman baru semasa melancong.

Walau bagaimanapun, masih perlu memastikan bahawa anda tidak meletakkan diri anda dalam keadaan berbahaya. Walaupun anda seorang backpackers, keselamatan perlu berada di atas senarai anda.

Semasa anda menjelajahi dunia, salah satu petua kembara untuk perempuan solo adalah mengetahui batasan diri. Oleh sebab pergi secara bersendirian, penting untuk sentiasa berhati-hati.

Tip Travel Secara Solo
Sumber: Kak Yan Cakap

3. Cari maklumat sebelum ke sesuatu destinasi

Sebelum ke tempat yang tidak diketahui, cari maklumat dahulu tentang kawasan sekitarnya. Mencari info tempat yang anda pergi supaya anda tahu apa yang diharapkan. Ini akan membantu anda merasa lebih selesa apabila sampai di sana.

Contohnya, mencari maklumat tentang kod pakaian di tempat yang ingin dikunjungi. Jadi, anda akan lebih selesa seolah-olah anda penduduk di sana.

4. Pertimbangkan minat anda

Mudah sahaja, jika anda melancong disebabkan makanan, pastikan anda semak makanan tempatan di kawasan yang anda bakal kunjung. Sekiranya anda suka fotografi, maka buat nota kecil tempat terbaik untuk merakam foto.

Jika seni dan budaya adalah jiwa anda, lihat muzium dan mercu tanda tempatan yang akan mencetuskan semangat cintakan sejarah di tempat yang anda akan pergi.

Apa pun, paling penting adalah sentiasa menjaga keselamatan walaupun di mana anda berada sekalipun. Perlu ada batasan apabila bertemu dengan orang baharu dan jangan mudah menerima tawaran orang yang tidak dikenali.

Sumber: FMT