UlasanTulus #1 : KFC Parmesan Truffle Crunch

KFC telah perkenalkan hidangan terbaru yang dinamakan KFC Parmesan Truffle Crunch. Di kaca tv, dinding Facebook mahu pun Instagram juga kerap terlalu promosi menu KFC ini.

Bunyinya premium, namun persoalannya ~ adakah ia sedap dan berbaloi?

Jika dibaca review dari tweetfamous, instafamous atau video dari youtuber, haruslah dikata enak, padu dan jitu!

MakanLena rasa bertanggungjawab untuk berkongsi dengan pembaca pengalaman dan rasa sebenar hidangan ini, mengikut deria lidah staf-staf MakanLena.

Menu ini boleh didapati dalam set kombo 2 ketul ayam – RM17.90 atau set kombo 3 ketul ayam – RM24.50. Setiap kombo tersebut sepatutnya didatangkan dengan kentang putar, coleslaw, parutan keju parmesan dan air Mountain Dew.

Kami membuat pesanan melalui Food Panda dan mereka mengambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke pejabat, walaupun KFC terdekat hanya dalam 1km jaraknya.

Tak apa, benda sedap memang kena sabar!

Beginilah rupa sebenar KFC Parmesan Truffle Crunch yang sampai ke pejabat kami. Memandangkan pesanan dibuat melalui Food Panda, pilihan airnya hanya ada Pepsi Black (tanpa kalori), Pepsi biasa atau 7Up. Tiadalah air Mountain Dew seperti diiklankan.

KFC Pamesan Trufel

Parutan parmesan diletakkan berasingan dalam bekas kecil dan untuk set kombo 3 ketul, 2 bekas parmesan diberi. Trufelnya pula sudah dilumur siap-siap pada ayam dalam bentuk dressing. Jauh benar kuantiti lumurannya berbanding dalam iklan tv.

Baiklah, setelah dirasa seketul seorang, inilah ulasan tulus dari team kami ini:

 

UT Akim

Ayam KFC baru ini rasa amat sedap tetapi lebih sesuai diletakkan keju cair, mesti akan lebih sedap. ~Akim

Rating : 8/10

 

 

RT Amni

Rasa dressing pada ayam memang mengimbau kenangan ratah perencah keropok Mamee; masin tapi boleh ketagih! ~Amni

Rating : 7/10

 

RT Haziq

Tak sedap. Shredded parmesan tiada impak pada ayam. Serbuk masam dan sedikit manis. Macam biasa, indah iklan dari rupa. Parmesan rasa pahit kelat, elok diganti dengan melted cheese. Spiciness kena tambahkan lagi. Lagi sedap ayam KFC yang biasa. ~Haziq

Rating : 5/10

 

RT Ija

First impression tak berapa nak menarik dan berbau sedikit masam. Rasa pedasnya hilang semua sekali terutama pada kulit. Berbeza sungguh rasa ayam kali ini. Pada hujung-hujung tu rasa macam ikan pekesam pun ada. Overall, saya takkan makan lagi KFC baru ini. ~Ija

Rating : 2/10

 

RT Din

Rasa ayam KFC ini sedikit masam, macam perencah Mamee Monster pun ada, sedikit spicy dan rangup. Shredded Parmesan Cheese kurang sedap sebab pada saya tiada rasa. Mungkin juga kurang sedap sebab dalam bentuk pepejal, kalau cair sedap sikit kot. ~Din

Rating : 9/10

 

RT Kina

Mula-mula rasa sedap tapi bila dah makan lama sedikit, macam muak pula. Kalau lebih spicy lagi, lebih sedap kot. ~Kina

Rating : 6/10

 

RT Aqil

First bite rasa ayam tu macam pakai serbuk Maggie Sedap. Flavour dia bagi saya menarik, saya suka sangat tapi cheese dia kurang menarik sebab rasa pahit sedikit dan kelat. Tapi bagusnya rasa tu terus hilang bila cheese ditelan. ~Aqil

Rating : 7/10

 

RT Nisa

Tengok rupa macam ayam goreng tumbuh kulat atau fungus, mungkin ini namanya trufel? Rasa parmesan seperti dicampur serbuk bawang putih. Harga sedikit kurang berbaloi dengan menu. ~Nisak

Rating : 6/10

 

Begitulah kata mereka. Walaupun kami tak faham kenapa rating si Din tak senada dengan ulasan, tidaklah kami pertikaikan. Anda pergilah cuba sendiri dan jangan lupa kongsikan bersama kami rating anda pula.

Secara purata, rating MakanLena:

6.25/10