5 Aneka Resipi Kek Batik Viral, Semuanya Tak Perlu Bakar

Kek batik merupakan antara kek yang paling senang untuk dimasak dan digemari oleh peminat coklat. Boleh diubah kepada pelbagai perasa, kek batik sentiasa relevan dalam kalangan peminatnya.

Biasanya, mereka yang mahu belajar baking, akan mula dengan hidangan kek batik kerana prosesnya mudah, bahan senang didapati dan paling penting ia digemari semua lapisan umur.

Di sini kami senaraikan lima resipi kek batik daripada yang asas sehinggalah yang nampak premium.

1. Kek Batik Asas

Resipi Kek Batik Tanpa Bakar

Bahan-bahan:

  • 200gm serbuk milo
  • 250gm mentega
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 paket besar biskut Marie

Cara membuat:

  1. Cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana, masukkan susu dan serbuk milo.
  2. Setelah sebati, masukkan pula serbuk koko dan gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan biskut marie yang dipatahkan empat dan gaulkan.
  4. Tuangkan semuanya ke dalam loyang yang dilapik dengan patchment paper dan tekan supaya mampat.
  5. Simpan dalam peti sejuk selama 4/5 jam sebelum dihidangkan.

2. Kek Batik Cream Cracker Cheese

Resipi Kek Batik Tanpa Bakar

Bahan-bahan:

  • 1 kotak kecil cream cheese philadelphia
  • 300ml nestle cream
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar gula
  • Biskut cream cracker

Cara membuat:

  1. Pukul semua bahan-bahan di atas sehingga sebati dan lembut kecuali biskut cream cracker.
  2. Sediakan loyang. Pastikan loyang dilapis dengan kertas minyak untuk memudahkan kek dikeluarkan bila dah siap nanti.
  3. Susun biskut cream cracker di dalam loyang. Seterusnya, lapiskan dengan adunan tadi. Ulangi urutan ini sehingga adunan habis.
  4. Sejukkan kek di dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Selepas itu, keluarkan kek dari loyang. Kek sedia untuk dimakan.

3. Kek Batik Indulgence

Resipi Kek Batik Tanpa Bakar

Bahan-bahan kek:

  • 125gm mentega
  • 100gm milo
  • 90gm susu pekat manis
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • Esen vanila secukupnya
  • 150gm biskut Marie
  • 150ml sudu perisa coklat untuk kek batik versi lembut

Cara membuat:

  1. Caranya sama seperti membuat kek batik biasa.

Bahan coklat putih moose (lapisan tengah):

  • 200gm dairy whipping cream (krim putar tenusu)
  • 80gm coklat compound putih (white chocolate)
  • 1 sudu teh gelatin + 1 sudu makan air sejuk
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:

  1. Pukul Dairy Whipping Cream pada kelajuan sederhana. Jangan terlalu lama sampai kental, nanti mousse akan berketul.
  2. Cairkan coklat putih guna kaedah double boiler atau guna ketuhar sahaja.
  3. Cairkan gelatin yang dicampur dengan air sejuk tadi menggunakan ketuhar atau kaedah double boiler. Kacau sampai larut.
  4. Masukkan coklat putih ke dalam whipping cream tadi. Coklat kena masukkan semasa masih suam. Gaul hingga sebati. Jangan kacau lama sangat nanti terlebih pukul.
  5. Masukkan gelatin dan esen vanila, kacau sebati. Kemudian, tuangkan adunan semua tadi ke atas kek batik yang sudah disejukkan tadi, ratakan. Pastikan Kek Batik telah dibuat awal sekurang-kurangnya 2 jam sebelum membuat mousse.
  6. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 30 minit.

Bahan-bahan coklat ganache (lapisan atas):

  • 300gm dairy whipping cream
  • 30gm sirap glukos – boleh beli di kedai bakeri
  • 500gm coklat gelap
  • 20gm mentega

Cara membuat:

  1. Didihkan sirap glukos bersama dengan whipping cream.
  2. Tuangkan ke dalam bekas berisi coklat gelap. Kacau hingga coklat larut sepenuhya.
  3. Tambahkan mentega. Kacau sehingga adunan menjadi licin dan berkilat.
  4. Bila mousse dah betul-betul kukuh, curahkan coklat ganache diatasnya.
  5. Sejukkan Kek Batik Indulgence selama 2 jam supaya kek betul-betul kukuh.

4. Kek Batik Hijau Berkrim Horlicks

Resipi Kek Batik Tanpa Bakar

Bahan-bahan:

  • 4 biji Telur
  • 125gm unsalted butter
  • 2 cawan horlicks
  • 3/4 susu pekat
  • 1/2 cawan tepung
  • Esen vanila
  • Pewarna hijau
  • 1 paket biskut marie

Cara membuat:

  1. Cairkan unsalted butter dalam kuali. Apabila sudah cair, masukkan susu pekat dan gaul sehingga sebati. Gunakan api sederhana.
  2. Kemudian masukkan tepung dan horlicks ke dalam kuali. Gaul sebati dan pastikan tidak berketul.
  3. Masukkan telur satu persatu ke dalam kuali sambil kacau supaya telur tidak masak.
  4. Masukkan esen vanila dan pewarna hijau. Gaul sebati. Tutup api.
  5. Masukkan biskut marie yang telah dipatahkan ke dalam kuali tadi dan gaul sehingga semua biskut bersalut.
  6. Masukkan ke dalam loyang yang telah lapik kertas minyak dan sejukkan di dalam peti ais.

5. Kek Batik Nestum

Resipi Kek Batik Tanpa Bakar

Bahan-bahan:

  • 300gm coklat compound
  • 400gm biskut marie
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar mentega
  • 3 x 1/2 cawan nestum

Cara membuat:

  1. Biskut Marie dipatahkan.
  2. Satukan coklat, serbuk koko, gula pasir, susu cair dalam satu kuali dan buka api perlahan. Kacau sehingga sebati.
  3. Adunan coklat mendidih kemudian masukkan mentega dan kacau sehingga cair.
  4. Adunan coklat biarkan pekat sedikit dan baru masukkan biskut marie.
  5. Tutup api dan masukkan nestum sedikit demi sedikit.
  6. Sebab buat 3 x 1/2 cawan: Letak 1/2 cawan gaul rata dan letak lagi 1/2 cawan dan 1/2 cawan seterusnya supaya nampak kemas.
  7. Masukkan dalam loyang dan padatkan. Letak dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba!