AirAsia Indonesia Jadi Mangsa Taktik Kotor Syarikat Penerbangan Gergasi

Sumber: Skyscanner

Selepas menarik balik semua penjualan tiket di Traveloka, AirAsia dikatakan telah ‘ditikam dari belakang’ oleh dua syarikat penerbangan gergasi Indonesia iaitu Garuda dan Lion Air.

Dikatakan bahawa penjualan tiket yang hilang secara tiba-tiba di laman web Traveloka dan Tiket.com adalah disebabkan sikap diskriminasi dan berat sebelah.

Tekanan turut diterima daripada beberapa nama besar agensi pelancongan tempatan terbesar luar negara. Antaranya Panorama Group, Golden Rama Tours & Travel dan Wita Tower yang berhenti menjual tiket penerbangan AirAsia sejak minggu lalu.

Situasi ini sebenarnya tidaklah memberikan kesan besar kepada AirAsia kerana tempahan masih boleh dibuat melalui atas talian. Pengharaman penjualan tiket AirAsia setakat ini telah melibatkan sekitar 15 buah agensi atas talian dan luar talian (offline).

Ada sumber dalam agensi yang terlibat memberitahu bahawa mereka ‘ditekan’ oleh dua syarikat penerbangan gergasi Indonesia dan tidak mempunyai pilihan lain walaupun hubungan antara syarikat mereka dengan AirAsia adalah baik.

AirAsia
Sumber: AirAsia

AirAsia

Agensi pelancongan percaya bahawa Garuda berada di bawah tekanan dan mahu mengekalkan harga jualan tiket yang tinggi tetapi tidak mendatangkan keuntungan.

Manakala Lion Air pula masih berusaha untuk memulihkan syarikat mereka selepas nahas berdarah Lion Air Boeing 737 Max Oktober tahun lalu.

Dengan kata mudahnya, AirAsia dipilih kerana harga jualan tiketnya lebih murah daripada Garuda dan dipercayai tahap keselamatannya jika dibandingkan dengan Lion Air.

Garuda berkuasa di Indonesia kerana memiliki tiga lagi syarikat penerbangan iaitu Citilink, Sriwijaya Air dan Nam Air menyebabkan agensi pelancongan terpaksa akur dengan arahan mereka.

Walaupun jumlah penumpang menurun 15% namun kadar jualan meningkat 25% berikutan dengan harga jualan tiket yang tinggi.

Tidak adil bagi AirAsia jika diskriminasi ini diteruskan dalam masa yang berpanjangan, bukan sahaja kepada pihak syarikat tetapi juga kepada pengguna.

Sumber: Skift

Jaga-jaga, makanan pun boleh jadi racun.

6 Masakan Menjadi Racun Apabila Dipanaskan Semula

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.