Panggilan ‘Pan-Pan’ Kapten Lion Air Sebelum Nahas

Lion Air
Sumber: Tribun Jabar

Juruterbang yang mendekati Bali sejurus selepas pesawat Lion Air berlepas memberitahu menara kawalan mengarahkan mereka supaya tidak mendarat dan terbang mengelilingi lapangan terbang dengan menggunakan panggilan ‘Pan-Pan’.

Panggilan ‘Pan-Pan’ digunakan ketika keadaan genting, berada di satu tahap lebih bawah daripada panggilan ‘Mayday’. Menara kawalan pesawat penerbangan Lion Air memberitahu bahawa pihak mereka ada menerima isyarat amaran daripada juruterbang pesawat Lion Air beberapa minit sejurus berlepas.

Lion Air
Sumber: CNBCIndonesia

Menara kawalan kemudiannya dimaklumkan bahawa keadaan yang dikatakan berpunca daripada masalah teknikal itu dapat dikawal. Herson, ketua pihak berkuasa lapangan kawasan Bali-Nusa Tenggara mengatakan bahawa kapten sendiri cukup yakin untuk meneruskan perjalanan pesawat dari Jakarta ke Denpasar.

Lion Air
Sumber:The News Minute

Pesawat itu kemudiannya terhempas beberapa jam kemudian telah mengorbankan kesemua 189 penumpang dan anak kapal. Ketika ditanya mengenai amaran yang diberikan kapten pesawat Lion Air, jurucakap syarikat penerbangan itu tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut.

Sumber: Berita Harian