Seminggu selepas nahas berdarah yang mengorbankan kesemua 189 penumpang termasuk anak kapal, Lion Air sekali menimbulkan kontrovesi apabila sebuah pesawat dari syarikat yang sama telah mengalami kemalangan kecil semasa berlepas. Pesawat yang berlepas di lapangan terbang Pulau Sumatra menuju ke Jakarta itu membawa 143 penumpang dan 7 anak kapal itu mengalami kerosakan pada sayap kiri disebabkan oleh terlanggar sebuah tiang.
BACA: Simulasi Jatuhnya Pesawat Lion Air

Kejadian ini memaksa semua penumpang untuk turun dan para penumpang kemudiannya diterbangkan ke Jakarta dengan menggunakan pesawat yang berbeza. Kejadian ini menyebabkan pihak Kementerian Pengangkutan Indonesia mengambil tindakan segera dengan melakukan siasatan yang melibatkan pesawat dan juruterbang.
BACA: Panggilan ‘Pan-Pan’ Kapten Lion Air Sebelum Nahas
Belum reda kisah nahas berdarah yang mengorbankan kesemua 189 penumpang, timbul pula isu yang baru ini. Kemalangan ini walaupun tidak melibatkan kehilangan nyawa, namun impaknya dilihat sangat besar.
Lion Air again, the airplane was ready for take off and hit a light pole at Fatmawati Bengkulu Airport, Aircraft Reg JT-633, Route BKS-CGK. Something big and wrong is happening there …. pic.twitter.com/Tu54yoPCyk
— Aviation Safety Consulting (@avsafeco) November 7, 2018
Walaupun pihak Lion Air sudah tampil memohon maaf kepada semua penumpang, namun persoalan mengenai kualiti perkhidmatan pihak Lion Air pasti dipersoalkan. Sejauh mana Lion Air komited dalam menjanjikan kualiti perkhidmatan dan aspek keselamatan pada pengguna apabila tempoh masa antara kemalangan dan nahas berdarah ini hanya berbeza seminggu!
Sumber: Free Malaysia Today