Simulasi Jatuhnya Pesawat Lion Air

Lion Air
Sumber: makassarterkini.id

Satu paparan video di YouTube telah menunjukkan simulasi daripada cockpit view pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Kerawang. Simulasi ini dibuat berdasarkan sumber daripada berita DetikNews.

Anda boleh lihat paparan simulasi dalam video di bawah:

Pada awal perlepasan, paparan simulasi menunjukkan situasi pesawat berada dalam keadaan stabil bersesuaian dengan daya tindak terbang vertical speed. Namun kelajuan yang semakin tidak dapat diimbangi supaya bersesuaian dengan ketinggian menyebabkan kapten cuba menghidupkan fungsi auto pilot.

Lion Air
Sumber: phys.org

Tetapi cubaan tersebut gagal dan pesawat sempat berhenti lama di ketinggian 5000 kaki daripada paras laut. Secara tiba-tiba, hujung bahagian hadapan mula menurun menyebabkan pesawat menjunam laju ke bawah. Amaran terrain dikeluarkan apabila pesawat sudah lagi tidak mampu dikawal dan menyebabkan pesawat terhempas dan telah mengorbankan kesemua 189 nyawa.