Ayam Goreng Extra Spicy 3X Akan Ada Di Semua Cawangan McDonald’s Malaysia?

Ayam Goreng Extra Spicy 3X
Sumber: FB Malaysia Freebies

Sebelum ini pernah tular bahawa McDonald’s Malaysia memperkenalkan menu ayam goreng ikoniknya tetapi dalam versi tiga kali extra pedas pada penghujung Jun, tetapi ia hanya ada di cawangan McDonald Seksyen 3 Shah Alam sahaja.

Memandangkan rakyat Malaysia mudah teruja dengan menu yang memberikan tahap pedas melampau ini, agak sedikit terkilan kepada mereka yang ingin mencubanya kerana pada waktu itu sahaja McDonald’s mengeluarkan menu tersebut.

Mungkin ada harapan baharu buat peminat makanan pedas dan Ayam Goreng McD apabila mereka bakal memperkenalkan menu itu di semua cawangan rangkaian makanan segera terkemuka di seluruh Malaysia.

Ayam Goreng Extra Spicy 3X
Sumber: Twitter @msyafqq

Perkara ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang menceritakan pengalamannya mencuba Ayam Goreng Extra Spicy 3X itu. Menurutnya, menu tersebut akan diperkenalkan pada 25 Julai ini di semua cawangan McDonalds’s seluruh Malaysia.

Katanya, ayam keluaran McD pada kali ini memang terasa pedasnya dan mengakui menyesal mencuba ayam goreng tersebut.

Untuk set menu baharu ayam goreng itu akan didatangkan dalam tiga, lima dan sembilan ketul ayam berbanding sebelum ini. Namun, harganya belum diketahui lagi, mungkin bermula RM10 bagi set ala carte seperti sebelum ini.

Apa pun kita tunggu kenyataan rasmi dari pihak McDonald’s sendiri.

Jika ya, kongsikan pandangan tentang menu baharu ini!