Minum Teh Boba Percuma Selama Setahun Dengan Hong Leong Bank

Nampak gayanya,’kehangatan’ trend teh boba di Malaysia masih lagi tidak susut malah semakin mencapai puncak populariti dengan kemunculan pelbagai jenama dan cawangan baharu.

Bersempena dengan itu, Hong Leong Bank telah menawarkan diri untuk menaja minuman teh boba anda selama setahun. Ya, setahun yang bersamaan dengan 365 hari!

Sejajar dengan kempen terkini Hari Digital Bank 2019 iaitu ‘Bye-Bye Cash, No Cash, No Problem’, seramai tiga orang yang bertuah akan dipilih apabila melakukan pembayaran tanpa tunai dengan Bubble Tea Frenzy Hong Leong Bank di SS15, Subang Jaya pada 21 Julai ini.

Caranya mudah sahaja, mohon kad kredit HLB, daftar untuk aplikasi perbankan mudah alih Hong Leong Connect atau pun hubungkan kad kredit HLB/-i kepada WeChat Pay Wallet.

Bubble Tea Frenzy HLB 1

Lakukan transaksi pada 21 Julai di Bubble Tea Frenzy, SSS15/4 Subang Jaya dan anda akan nikmati terus baucar teh boba bernilai RM10 daripada Daboba, The Alley atau PIN Tea!

Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif Social Media Giveaway apabila anda kongsikan momen bergambar bersama teh boba di Facebook dengan tanda pagar #HLBDIGITALDAY dan #HLBBUBBLETEAFRENZY. Jangan lupa juga untuk tag @HLBMalaysia.

Cawangan yang terlibat untuk pesta teh boba ini hanyalah di cawangan Daboba, The Alley dan PIN Tea di SS15. Penebusan hadiah pula boleh dilakukan di cawangan Tealive atau pun rakan kongsi lain yang terlibat.

Kempen Bubble Tea Frenzy dan HLB ini bertujuan untuk membantu pengguna untuk memahami kemudahan menggunakan pembayaran tanpa tunai.

Bubble Tea Frenzy merupakan salah satu aktiviti kempen Hari Digital Bank dengan menekankan aspek-aspek seperti kemudahan, keterlibatan dan manfaat rakan kongsi yang dipercayai seperti Hong Leong Bank.

Do you looooove bubble tea? Then you wouldn’t want to miss out our Bubble Tea Frenzy happening on the 21st of July with…

Posted by Hong Leong Bank on Monday, July 15, 2019

Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai promosi dan mengetahui bagaimana peluang anda untuk memenangi kempen boleh dipertingkatkan, kunjungi laman web Hong Leong Bank.

Oh ya, tak lupa juga tawaran teh boba percuma selama 365 hari ini hanya boleh ditebus pemenang sebanyak satu cawan setiap hari dengan nilai maksimum RM10.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Nak ke Terengganu tapi tak tahu nak menginap mana? Laguna Redang Island Resort pilihan terbaik.

Percutian Eksklusif Di Laguna Redang Island Resort, Terengganu

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.