Belanda Mahu Kurangkan Lambakan Pelancong Di Kawasan Popular

Lambakan Pelancong Amsterdam
Sumber: Dezeen

Lambakan pelancong yang datang ke Belanda terutama di kawasan tumpuan pelancong seperti Amsterdam membuatkan pihak berkuasa tempatan memutuskan untuk berhenti mempromosi tarikan paling terkenal di sana.

Ia berikutan dengan masalah yang dikemukan oleh penduduk tempatan yang menggunakan laluan basikal di kota raya itu dijadikan taman permainan hingga mengganggu aktiviti seharian penduduk.

Lambakan Pelancong Amsterdam

Menurut Ellen van Loon, salah seorang OMA yang yang terlibat dalam penyesuaian bandar Amsterdam, tekanan yang sangat tinggi diberikan oleh penduduk selain lambakan pelancong sehingga membuatkan keadan sedikit tidak terurus menyebabkan pihak pemerintah mengeluarkan arahan agar pelancong pergi ke daerah lain di Belanda.

Kesannya, Amsterdam telah melarang lawatan di Red Light District, memindah salah satu sign terkenal tempatan dan menutup taman terapung bunga tulip ikonik.

Lambakan Pelancong Amsterdam
Sumber: GetYourGuide

Walapun isu lambakan pelancong ini adalah sesuatu yang positif sehingga menghasilkan ekonomi bandar Belanda sekitar $91.5 billion setiap tahun, namun penduduk tempatan dan pihak berkuasa tempatan risau jika lambakan pelancong akan memusnahkan bandar kosmopolitan itu.

Antara perancangan Amsterdam untuk menangani lambakan pelancong di sana ialah pelancong dibolehkan untuk ‘berkahwin’ dengan rakyat tempatan walaupun sehari.

Pelancong yang ke sana disarankan melakukan aktiviti seperti memancing plastik di terusan, berkelah dan bergaul bersama penduduk tempatan. Aktiviti ini direka untuk membuat kelainan kepada para pelancong yang selalunya datang untuk mencuci mata sahaja.

Sumber: TPG, CNN