Pemilik Absolut Chocolat Nafi Dakwaan Hausboom Sebagai Kroni Syed Saddiq

Tidak berdiam diri apabila namanya dipetik dalam kenyataan pengasas Hausboom, Azri Zahier Azmi, Ben Ali tampil memberikan penjelasan mengenai isu kroni seperti yang didakwa Azri.

Menjelaskan bahawa beliau melalui proses yang sama dengan Azri tanpa pengetahuan YB Syed Saddiq kerana permohonan adalah melalui Kementerian Belia dan Sukan bukannya direct deal bersama YB.

Syed Saddiq Absolut Chocholat

Turut menghantar borang dan profil syarikat untuk ‘menaja’ kek coklatnya dalam Mesyuarat Kabinet, Ben Ali menghubungi saudara Redzuan, pegawai khas YB Syed Saddiq pada September 2018 bagi tujuan tersebut.

Kurang kekuatan dari segi prestasi syarikat, Ben Ali menangguh hasratnya memasuki slot tawaran Kementerian Belia dan Sukan dan kemudiannya memperkemas serta memperkuatkan lagi operasi syarikat bagi menguatkan jenama Absolut Chocolat.

Syed Saddiq Absolut Chocholat

Setelah dirasakan bersedia, barulah beliau menghantar semula permohonan kepada Kementerian Belia dan Sukan. Turut melampirkan bukti penghantaran profil syarikat, Ben Ali sempat menyatakan hasrat beliau ingin bertemu dengan Azri selaku pemilik Hausboom bagi perkongsian kejayaan produk Hausboom yang berjaya menembus pasaran antarabangsa.

Salam Tuan Azri Zahier Azmi aka John Lemon , Memandangkan tuan dah mencuit saya dalam posting di FB tuan , saya rasa…

Posted by Ben Ali on Tuesday, February 5, 2019

Akhirnya tampil dengan permohonan maaf, Azri meluahkan rasa kecewa yang beliau alami setelah empat bulan (tempoh diberi) tidak mendapat maklum balas daripada YB Syed Saddiq.

PERMOHONAN MAAF SEMPENA TAHUN BABIAku bukan ahli politik. Bahasa aku, apa yang aku cakap adalah benda yang betul. Isi…

Posted by Azri Zahier Azmi on Tuesday, February 5, 2019

Memohon maaf atas kekasaran bahasa yang digunakan, Azri sempat menyelitkan dua mesej penting kepada ahli politik bahawa usahawan bukan golongan yang boleh dipermainkan selain daripada menyatakan bahawa media sosial adalah saluran yang tepat untuk mendapatkan maklum balas daripada ahli politik.

Ni port artis-artis Malaysia kalau bercuti.

7 Penginapan Yang Sering Dikunjungi Di Bali

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Penginapan Yang Sering Dikunjungi Di Bali

Artis kita kan sikit-sikit suka ke Bali. Mari tengok sikit hotel mana yang best.

Posted by MakanLena on Wednesday, January 30, 2019