Pemilik Hausboom Perjelas Isu Produk Minuman Kilang OEM

Sumber: Facebook Hausboom

Sudah reda isu Syed Saddiq dengan pemilik Hausboom, Azri Zahier Azmi, timbul pula isu baru oleh netizen berkenaan dengan produk minuman itu yang dikilangkan oleh OEM. OEM atau Original Equipment Manufacturing/ Manufacturer secara ringkasnya adalah kontrak kilang jenama sendiri.

BACA: Pemilik Absolut Chocolat Nafi Dakwaan Hausboom Sebagai Kroni Syed Saddiq

Manyangkal tuduhan netizen yang mengatakan Hausboom menyembunyikan siapa pengilang mereka, di label botol Hausboom sendiri dengan jelasnya menunjukkan informasi tersebut.

Hausboom
Sumber: Intraday

Turut mengaitkan produk minuman jenama popular seperti Coca Cola dan Pepsi yang menggunakan kilang OEM bagi tujuan pengilangan, Azri merasakan bahawa tindakan beliau itu tidak salah.

HAUSBOOM PRODUK OEMWarga internet seolah-olah hilang pertimbangan bila 'dapat tahu' Hausboom dikilangkan oleh MGV…

Posted by Azri Zahier Azmi on Sunday, February 17, 2019

Mahu lebih fokus kepada aktiviti pemasaran produk Hausboom dan menjimatkan kos permulaan perniagaan merupakan sebab mengapa Azri memilih kilang MGV Industries Sdn Bhd sebagai pengilang mereka.

Percaya bahawa MGV mampu membantu Hausboom menjaga kualiti produk mereka, Azri merasakan walaupun tanpa kilang sesuatu produk atau perkhidmatan itu masih mampu berdiri gah di pasaran, sama seperti Alibaba dan Airbnb.

Kata minat anime, tapi bila pergi Jepun masuk kedai sushi je.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

Minat Anime, tapi pergi Jepun makan sushi dengan mee udon saja? Apa barang? Nah pergi sini.

Posted by MakanLena on Friday, February 8, 2019