Petua Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Guna Ubat

Bila sakit gigi datang, satu kerja pun tak dapat nak buat. Bukan orang dewasa sahaja yang dapat sakit gigi, malah kanak-kanak pun sama. Tidak kira dewasa atau kanak-kanak. Apakah petua atau tips yang boleh kita buat bila sakit gigi?

Terdapat beberapa cara tradisional yang boleh digunakan untuk mengubati sakit gigi. Antaranya adalah:

1. Bunga Cengkih

si-mungil-cengkeh-yang-menyehatkan-big-2160
Sumber: Lelaki Sihat

Ambil 3 kuntum bunga cengkih dan gigit pada tempat gigi yang sakit. Untuk sakit gigi yang berlubang, tumbukkan dahulu bunga cengkih tadi dan sumbatkan ke dalam lubang. Kemudian tutupkan dengan kapas.

2. Air Garam

shutterstock_401238094
Sumber: Hello Sehat

Ambil sesudu garam dan bancuhkan dengan air suam. Kacau hingga garam larut dan kumurkan air garam tadi. Ulang kumur 3 kali. Insya Allah sakit gigi beransur hilang.

3. Minyak Gamat

minyak-gamat-3
Sumber: MH Saujana

Gunakan putik kapas dan celupkan pada minyak gamat. Kemudian, sapukan pada gigi yang sakit.

4. Tomato Muda

tomato
Sumber: Koleksi Viral

Gunakan tomato muda dan belahkan dua. Setelah itu masukkan atau gosokkan tomato muda tadi pada gigi yang sakit. Bila dah rasa lega, kumur dengan air.

5. Bawang Putih

3-tips-menghilangkan-bau-bawang-dari-tangan-setelah-memasak
Sumber: Vemale

Ambil seulas dua bawang putih dan hiris nipis-nipis. Kemudian, tempelkan pada gigi yang sakit.

Petua yang sangat mudah untuk diamalkan ketika dilanda sakit gigi. Bahan yang digunakan juga senang didapati di rumah. Jika anda mempunyai petua lain untuk dikongsikan, boleh kongsikan bersama kami.
‘Sharing is caring’.