Cara Nak Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan

Tidak lengkap rasanya masak tanpa menggunakan bawang. Namun, bau bawang yang kuat melekat di tangan amat tidak disenangi. Walaupun tangan dah dibasuh banyak kali, masih gagal menghilangkan bau bawang. Bagaimana caranya untuk menghilangkan bau bawang pada tangan?

Terdapat beberapa cara yang kami kongsikan kepada anda. Caranya adalah:

1. Lumur Tangan Dengan Garam

garam-tangan-basuh-1024×717
Sumber: Siraplimau

Ambil sesudu garam halus atau garam kasar, kemudian lumurkan pada tangan. Biarkan seminit dua dan basuh dengan air.

2. Rendam Tangan Dengan Jus Tomato

2
Sumber: Tanaman senja

Caranya mudah sahaja, rendamkan tangan ke dalam jus tomato dan tunggu sehingga 5 minit. Selain menggunakan jus tomato, anda juga boleh menggunakan jus lemon.

3. Ramas Tangan Dengan Buah Oren

M10-A_120218
Sumber: Media permata

Kupas kulit buah oren terlebih dahulu. Setelah itu, ramas tangan pada buah oren tadi. Insya Allah, bau bawang pada tangan akan hilang.

Selepas ini, ibu-ibu di rumah tidak perlu runsing dengan bau bawang pada tangan. Guna sahaja cara-cara di atas, pasti bau bawang hilang. Jika anda mempunyai cara selain di atas untuk menghilangkan bau bawang pada tangan, boleh kongsikan kepada kami.
‘Sharing is caring’.