Petua Menghilangkan Pahit Peria

Peria bukan sahaja boleh dibuat masak, malah ia juga amat berkhasiat dibuat ulam-ulaman. Walaupun diperkaya dengan pelbagai khasiat, peria kurang digemari kerana rasanya yang pahit untuk ditelan. NamunĀ begitu, terdapat petua yang boleh digunakan untuk menghilangkan rasa pahit peria. Jom cuba petua yang kami kongsikan ini.

trai-kho-qua-khong-hoa-chat
Kredit Foto : islam itu indah

1. Hiriskan peria mengikut kepada cara masing-masing. Kemudian, gaulkan peria tadi bersama garam kasar atau garam halus dan biarkan selama 5 minit. Setelah itu, cuci peria dengan air bersih dan boleh dimasak.

2. Cara lain, anda boleh rendamkan hirisan peria ke dalam air yang telah dibancuh denga garam kasar atau garam halus selama 5 minit. Kemudian, toskan peria tadi dan basuh denganĀ  air bersih.

buah peria
Kredit Foto : hk3

3. Rendamkan peria yang belum dihiris atau dipotong ke dalam air beras selama setengah jam sebelum dimasak. Cara ini sesuai digunakan untuk peria katak bagi menghilangkan rasa pahit dan bau peria.

4. Rebuskan peria separuh masak kemudian toskan dan basuh dengan air bersih. Peria yang sudah direbus ini boleh dimasak atau dijadikan sebagai ulam. Rasanya yang pahit telah berkurangan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda. Jika anda mempunyai petua lain untuk menghilangkan rasa pahit peria, boleh kongsikan bersama kami. ‘Sharing is caring’.

Pahit peria itu ubat dan penawar, setuju?