Resipi Warisan Nenek: Sotong Masak Lemak Serai

Hidangan sotong masak lemak serai warisan dari nenek inilah yang sangat mudah dan ringkas dimasak tetapi paling sedap untuk anda cuba.

Bahan-bahan:

*5-7 ekor sotong
*1 biji santan kelapa
*4 biji bawang merah
*1 ulas bawang putih
*Halia sebesar ibu jari
*Serai diketuk
*Bawang besar – dipotong panjang
*Gula dan garam secukup rasa
*Serbuk perasa
*Lada besar hijau atau cili api

Cara masak:

1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Masukkan bahan yang dikisar bersama santan ke dalam periuk.
3. Selepas santan mendidih, masukkan kesemua bahan lain dan kacau sebati sebelum menutup api.

Tip 1: Sotong jangan direbus terlalu lama supaya tidak liat.

Tip 2: Jika inginkan rasa masam, perahkan sedikit limau nipis.

Tip 3: Jika mahu tukar menu kepada sotong masak air sahaja, buangkan bahan santan daripada resipi ini.

Resipi Sotong

Sumber: Rasa

Yang tidak sihat itulah yang sedap.

7 Makanan Tidak Sihat Namun Jadi Kegemaran Rakyat Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Makanan Tidak Sihat Namun Jadi Kegemaran Rakyat Malaysia

Ada yang sarapan tadi salah satu daripada ini? Mengaku sajalah…

Posted by MakanLena on Sunday, February 17, 2019