Sushi King Perkenal Set Hidangan Daging Wagyu Edisi Terhad

sushi king

Teringin nak makan daging wagyu tapi bila tengok harganya, telan air liur sajalah. Maklumlah daging ni sekilogram sudah mencecah RM2,000 dan biasa orang ‘ada-ada’ sahaja mampu makan. Apa agaknya yang menyebabkan daging wagyu lebih mahal berbanding harga lembu biasa?

Wagyu berasal dari perkataan Jepun iaitu Wa dan Gyu bermaksud lembu Jepun. Daging wagyu menjadi kegemaran golongan atasan kerana teksturnya dagingnya yang lembut dan lapisan lemak tidak tepu (marbling) memberikan rasa yang berlemak.

Tambahan, daging wagyu juga memiliki kandungan lemak asid shomifuri yang kaya dengan Omega-3 yang mengandungi kolestrol baik serta bagus untuk kesihatan jantung!

Berita baiknya, peminat sushi kini berpeluang menikmati daging wagyu kerana Sushi King ada memperkenalkan 3 menu baharu yang sangat istimewa berasaskan daging lembu wagyu (Australia) dengan harga berpatutan.

Wagyu Don

wagyu don sushi king

Set menu Wagyu Don sudah tentu menepati citarasa dan sangat mengenyangkan kerana menu hidangan ini disajikan dengan nasi, daging lembu wagyu goreng kicap, hirisan telur dadar dan daun bawang.

Harga bagi set mangkuk Wagyu Don ini adalah RM 39.32

Wagyu Nigiri

wagyu nigiri sushi king

Jika anda penggemar setia sushi, jangan lupa untuk mencuba set Wagyu Nigiri! Kelainan bagi menu ini adalah hirisan daging lembu wagyu yang melapisi atas nasi kepal (nigiri). Jaminan kami, 1 set menu ini pasti tak cukup!

Set Wagyu Nigiri ini berharga RM14.96

Beef Menchi Katsu

beef menchi katsu suhsi king

Buat anda yang suka mencuba kelainan dan sesuatu yang baru, Sushi King tampil lebih berani dengan memperkenalkan set menu Beef Menchi Katsu.

Beef Menchi Katsu seakan-akan burger iaitu gabungan daging ‘patty’ goreng yang disaluti tepung rangup disertakan dengan curahan sos pedas dan mayonis! Hirisan sayurannya menyeimbangi hidangan dan pasti memikat selera buat mereka yang baru mencubanya buat pertama kali.

Harga bagi set menu ini adalah RM14.96

Untuk makluman, set menu baharu ini dibuka bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2018. Jadi, jangan tunggu-tunggu lagi, ajak partner dan jom serbu Sushi King sekarang!

Dengan pembayaran minimum RM60 dalam resit tunggal, anda berpeluang untuk menyertai peraduan Grand Gold Giveaway.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai terma dan syarat peraduan ini, klik di link ini.