Taiwan Jemput Pelancong Rasai Pengalaman Bermalam Di Pejabat Presiden

Bermalam Di Pejabat Presiden Taiwan
Sumber: Daily Mail

Rata-rata pelancong datang ke Taiwan adalah kerana tarikan sejarah, budaya, keindahan alam dan makanan yang mengujakan di sana.

Pastilah sebahagian daripada kita tidak pernah terlintas untuk menginap di kawasan bersejarah kerana itu telah melanggar etika melancong. Namun, kali ini Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen ingin menjemput pelancong untuk merasai pengalaman bermalam di Pejabat Presiden negara itu.

Pengunjung ke Taiwan berpeluang bermalam secara percuma di Pejabat Presiden yang berpangkalan di Taipei dengan 20 pelancong antarabangsa akan dipilih.

Bermalam Di Pejabat Presiden Taiwan
Sumber: Taiwan Scene

Mereka yang bertuah itu akan bermalam di mercu tanda Taipei yang berusia 100 tahun pada Oktober depan. Mereka juga boleh menyaksikan upacara menaikkan bendera kebangsaan yang bermula seawal jam 5.30 pagi.

Inisiatif itu diumumkan beberapa minggu selepas China memaklumkan tentang penggantungan permit perjalanan individu ke Taiwan di bawah langkah yang bakal memberi kesan kepada ekonomi negara tersebut.

Bermalam Di Pejabat Presiden Taiwan
Sumber: Shangaiist

Tambahan pula, program itu merupakan yang pertama di dunia dan matlamatnya adalah untuk menunjukkan kebebasan, demokrasi dan keterbukaan mereka.

Pemohon program itu perlu mereka yang berumur 20 tahun ke atas, bukan rakyat tempatan dan menghantar rancangan kunjungan mereka bersama video kreatif berdurasi 90 saat.

Ada yang nak cuba tak?

Sumber: CNA

Peminat anime kalau ke Jepun, jangan lupa singgah sini.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.