Tol PLUS Bakal Terima Pembayaran Guna Kad Kredit, Debit Pada Akhir Tahun 2019

Tol PLUS Guna Kad Debit
Sumber: Mstar

Bagi mereka yang telah menggunakan sistem bayaran e-dompet TouchNGo (TnG) atau Radio Frequency Identification (RFID), pasti agak sukar apabila melalui Lebuhraya Utara-Selatan Bhd (PLUS) kerana belum tersedia fungsi itu di tol PLUS.

Nampaknya, pengguna bakal menikmati kemudahan pembayaran terbuka melalui kad kredit atau kad debit yang dihubungkan terus kepada sistem pengenalan frekuensi radio (RFID), selain daripada kad TnG dan SmartTAG di laluan PLUS.

PLUS kini dalam proses menaik taraf infrastruktur membabitkan plaza tol di lebuh raya kendalian bertujuan menawarkan lebih banyak pilihan mod pembayaran buat pengguna.

Tol PLUS Guna Kad Debit
Sumber: PLUS

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata apabila naik taraf itu selesai akhir tahun ini, pengguna boleh membuat pembayaran terbuka itu dengan menghubungkan kad kredit, kad debit atau mana-mana e-dompet ke RFID PLUS.

Jadi, pengguna PLUS tidak akan perlu lagi bersusah payah ke kiosk atau kaunter untuk menambah nilai pada kad TnG selain tidak perlu risau dengan masalah baki tidak mencukupi. Selain itu, PLUS juga dalam proses untuk membolehkan pengguna membuat pilihan pembayaran menggunakan TnG eWallet.

Kaedah ini boleh membantu mengurangkan kesesakan sewaktu pembayaran di pondok tol, selain mengelakkan masalah baki pada kad TnG yang tidak mencukupi akibat pengguna terlupa untuk menambah nilai

Sumber: Berita Harian

 

Cuaca panas begini elok sangat kalau pergi sini.

MakanLena: Tadom Hills, Banting

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.