Gambar Tular Gajah Betina Dipaksa Sertai ‘Street Parade’ Undang Kemarahan Netizen

Seringkali kita dengar berkenaan dengan penyeksaan gajah yang dijadikan sebagai boneka untuk aktiviti pelancongan di sebahagian negara Afrika, Asia Tenggara dan Asia Selatan, terutamanya di Thailand, Nepal dan Sri Lanka.

BACA: ‘Video Maker’ China Beri Pesanan Buat Pelancong Tentang Sisi Gelap ‘Elephant Ride’

Baru-baru ini, tular beberapa keping gambar yang memaparkan seekor gajah betina, Tikri dalam keadaan yang sungguh menyayat hati; kurus kering sehingga terlihat tulang.

Tikri gajah Sri Lanka 2

Sudah berusia 70 tahun, Tikri dilihat berada di kawasan Festival Perahera di Sri Lanka yang mana beliau dipaksa untuk turut menyertai pertunjukan jalanan (street parade).

Beliau yang ditunggangi seorang lelaki di belakang dipaksa berjalan bersama gajah-gajah lain dengan perhiasan ‘baju’ berwarna warni untuk menutup keadaan tubuh badannya.

Tikri gajah Sri Lanka 1

Tikri juga dipaksa untuk berjalan beberapa kilometer setiap malam supaya orang ramai merasai seperti mereka ‘dilimpahi rahmat kesyukuran’ dan keseronokan di festival tersebut.

Gambar yang dimuat turun di Facebook page badan kebajikan Save Elephant Foundation, sebuah badan kebajikan NGO di Thailand telah menarik banyak reaksi daripada masyarakat global, rata-ratanya menyatakan kemarahan dan kesedihan mereka terhadap apa yang berlaku kepada Tikri.

This is Tikiiri, a 70 year old ailing female. She is one of the 60 elephants who must work in the service of the…

Posted by Save Elephant Foundation on Tuesday, August 13, 2019

Tikri yang kini bekerja di sebuah kuil di bandar Kandy bukanlah mangsa pertama yang dijadikan sebagai alat untuk memeriahkan festival tersebut.

Bersama beliau, terdapat 60 ekor gajah lain yang dirantai dan dipaksa untuk menghadapi kebisingan bunyi bunga api dan asap.

BACA: Bermula 2020, Tiada Lagi Aktiviti Tunggang Gajah Di Angkor Wat

Save Elephant Foundation mengatakan mereka tiada masalah untuk masyarakat menyambut festival tersebut namun ianya perlulah dilakukan tanpa mengganggu atau mendatangkan kecederaan kepada kebahagiaan dan kebajikan haiwan yang digunakan.

Sumber: Mirror Now News

Sedap-sedap sungguh menu dekat Baharat Bistro ini.

Baharat Bistro – Set Dulang Nasi Arab #CubaRasa

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.