Inside Scoop Bakal Realisasi Impian Hasilkan Aiskrim White Rabbit

Aiskrim White Rabbit
Sumber: Mothership SG

Berikutan ramai netizen Malaysia yang menginginkan aiskrim perisa White Rabbit di Malaysia – pada awalnya di Los Angeles dan Singapura, Inside Scoop juga bakal realisasi impian hasilkan aiskrim perisa ini!

Menerima banyak pertanyaan daripada peminat aiskrim, Inside Scoop memuat naik hantaran gambar di Instagram yang mana mereka sedang mengusaha aiskrim perisa nostalgia ini. Bakal dilancarkan pada 28 Februari (Khamis ini) bermula pada jam 8 malam di semua cawangan Inside Scoop seluruh Malaysia (kecuali di Kuantan – 4 Mac).

Walau bagaimanapun, anda perlu tangkas kerana hanya terhad kepada 100 aiskrim untuk setiap cawangan. Inside Scoop akan menjual aiskrim perisa edisi terhad ini pada harga RM8.30.

Ada juga yang bertanya tentang plastik gula-gula boleh dimakan yang diperbuat daripada rice paper dan pertanyaan itu dijawab sendiri Inside Scoop yang mana mereka hasilkan aiskrim tersebut bersama gula-gula dan plastiknya.

Aiskrim White Rabbit
Sumber: WOB

Boleh ke laman ini untuk melihat cawangan Inside Scoop berdekatan anda. Mesti beratur panjang esok!

 

Cantik-cantik ni sayang betul nak telan.

5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.