KLIA Jatuh 10 Anak Tangga Dalam Anugerah Lapangan Terbang Terbaik Dunia

Jika dilihat dalam senarai Anugerah Lapangan Terbang Dunia oleh SkyTrax, KLIA semakin jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Menduduki tempat ke-54 daripada 100 pada tahun ini, prestasi KLIA dilihat semakin merosot apabila jatuh 10 anak tangga daripada kedudukan tahun lepas iaitu pada tangga ke-44.

Kalau mahu dibandingkan pencapaian tahun ini dengan tahun 2001, KLIA mengalami kejatuhan sebanyak 52 anak tangga.

Jika dibandingkan dengan pemenang tempat pertama iaitu Lapangan Terbang Changi, Singapura terlalu banyak aspek yang perlu lapangan terbang kita perbaiki bagi meningkatkan lagi prestasi, kualiti dan persekitaran lapangan terbang.

KLIA Lapangan Terbang Terbaik
Sumber: Mole.my

Pada tahun lepas, Singapura masih mengekalkan kedudukannya sebagai pemenang tempat pertama, manakala Korea (Incheon) jatuh satu anak tangga dan Jepun (Haneda) naik menggantikan kedudukan Korea.

London mengekalkan kedudukannya di tangga ke-8 dan dua buah lagi lapangan terbang di Jepun, Nagoya dan Narita berjaya menduduki tangga 10 teratas dengan kedudukan masing-masing ialah ke-6 dan ke-9.

Senarai 10 teratas:

1. Singapura Changi
2. Tokyo Haneda
3. Seoul Incheon
4. Doha Hamad
5. Hong Kong
6. Centrair Nagoya
7. Munich
8. London Heathrow
9. Tokyo Narita
10. Zurich

Semoga dengan kejatuhan ini, pihak-pihak berkenaan dapatlah memainkan peranan dalam meningkatkan prestasi agar pada tahun hadapan KLIA mampu melonjakkan kedudukannya sekurang-kurangnya pada kedudukan ke-30.

Sumber: SkyTrax