
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca MakanLena! Macam mana dengan raya anda setakat hari ini? Mesti banyak makan dan minum, kan?
Makan dan minum itu kita kena berjaga-jaga juga terutamanya dengan minuman berkarbonat. Seperti yang anda maklum, minumam berkarbonat ini sangat tinggi dengan kandungan gula.
Bukan itu sahaja, malahan kandungan gula yang dimaksudkan bukanlah gula biasa yang diperbuat daripada tebu ataupun stevia. Tetapi. Gula yang digunapakai ialah gula sintetik yang diberi nama Aspartame. Gula Aspartame ini diperbuat daripada Asid Aspartik atau nama lainnya Phenylalanin Dipeptida.
Untuk pengetahuan anda, penggunaan Aspartame pernah diharamkan pada peringkat awal penghasilannya. Namun, atas faktor keuntungan, ianya telah dimanupulasi dan diluluskan untuk pembuatan secara besar-besaran.
Nak tahu lebih lanjut tentang Aspartame? Jom tonton video di bawah dengan lebih lanjut.