Restoran Sushi Milik Wak Doyok ‘Sushiwak’ Kini Dibuka, Siap Ada Sushi Tempe Dan Tawaran Harga RM1

Usahawan, pelakon dan selebriti terkenal, Wak Doyok baru-baru ini telah mengembangkan lagi portfolio perniagaannya dengan membuka sebuah restoran sushi yang dinamakan Sushiwak.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 42 telah memuat naik video mengenai restoran sushi yang terletak di Melawati Mall dan diberi nama Sushiwak tersebut melalui akaun Instagram milik beliau pada 26 Disember yang lalu.

“Alhamdullilah. Hari ni 26hb dah start operasi sepenuh nya @sushiwakmalaysia di Malawati Mall level 3. Jemput lah datang beramai-ramai disini ya. wak ada sini kalau nak jumpa. #sushiwakmalaysia #sushi”, tulis beliau.

Berdasarkan tinjauan yang dapat dilihat melalui gambar yang dipaparkan di hadapan restoran tersebut, terdapat juga tawaran ‘Eat All You Can’ pada harga RM1.00 sahaja.

Turut didapati ialah terdapat juga sushi yang diperbuat dari tempe, sesuai dengan citarasa tempatan dan asal usul Wak Doyok yang berketurunan Jawa.

Baca juga: Jom Ikuti Cara Makan Sushi Dengan Betul

Hantaran beliau di Instagram tersebut mendapat maklum balas yang cukup memberangsangkan dan sehingga kini telah menerima lebih dari 43 ribu ‘Likes’.

Ramai penggemar sushi, peminat dan pengikut Wak Doyok turut mengambil peluang untuk mengucapkan selamat maju jaya di atas pembukaan Sushiwak menerusi ruangan komen.

Juga terdapat peminat yang mengajaknya membuka cawangan di negeri lain serta peminat dari negara jiran yang menjemput beliau untuk datang berkunjung.

“Semoga perniagaan @sushiwakmalaysia berjalan lancar&segala urusan dipermudahkan aminnn” – mantomi_kpoppers95

“Wahh kena gi ni, support. Tahniah wak, moga sukses terussss” – mfaizalromano

“Sushi patin ngan keli ada ke wak? – azmanadnan81

“@wakdoyok minta buat kat alorstar 1 wakk” – itsiejoyone

“wakkkk kapan ke indonesia lagii @wakdoyok” – itarahmaofficial

Foto Instagram @sushiwakmalaysia
– Foto Instagram @sushiwakmalaysia

Dari klip video menu yang diperolehi menerusi akaun Instagram @sushiwakmalaysia, terdapat pelbagai jenis hidangan sushi yang ditawarkan bermula dari harga RM1.00 hingga RM5.50.

Selain dari beraneka jenis sushi, terdapat juga hidangan lain seperti maki, donburi, bento, sashimi, yakimono, agemono dan bermacam-macam lagi.

Bagi mereka yang ingin mengunjungi restoran ini, Sushiwak terletak di Aras 3, Melawati Mall, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur.

Sebelum itu, semaklah dulu platform media sosial Sushiwak, untung-untung dapat makan sambil bergambar dengan Wak Doyok nanti.

Sumber: NST, Instagram