
Malaysia Airlines telah membuat satu kejutan besar apabila menawarkan diskaun hebat menjadikan harga tiket penerbangan serendah RM78 sahaja!
Tiket penerbangan Malaysia Airlines hanya RM78? Wow! Pasti ramai yang menitiskan air mata apabila mendengar khabar gembira ini.
Tak perlu lagi untuk memandu berjam-jam mengadap kesesakan di lebuh raya kerana kini anda sekeluarga boleh ‘terbang’ untuk balik kampung dengan penuh gaya.
Baca juga: Tiada Lagi Caj Tersembunyi Tiket Penerbangan Mulai 1 Jun
Melalui kempen ‘Jom Ong-board Untuk Cuti Panjang!’, Malaysia Airlines menawarkan diskaun tiket sehingga 30% untuk Kelas Ekonomi dan Perniagaan.
Sebanyak 25% diskaun pilihan tempat duduk serta bagasi tambahan serta 22% bonus mata ganjaran Enrich turut ditawarkan.

Tambang sehala menyeluruh yang ditawarkan Malaysia Airlines bermula dari RM78 sahaja untuk tiket ke destinasi domestik dan dari RM238 untuk ke destinasi antarabangsa.
*Senarai harga tiket untuk destinasi domestik adalah seperti berikut:
Laluan | Kelas Ekonomi sehala menyeluruh daripada (RM) | Kelas Perniagaan sehala menyeluruh daripada (RM) |
Dari Kuala Lumpur ke Semenanjung Malaysia | 78 | 398 |
Di dalam Sabah Sarawak | 78 | 398 |
Dari Kuala Lumpur ke Sarawak | 138 | 698 |
Dari Kuala Lumpur ke Sabah | 158 | 898 |
Dari Pulau Pinang ke Kuching | 168 | 898 |
Dari Pulau Pinang ke Kota Kinabalu | 188 | 1,098 |
Dari Johor Bahru ke Langkawi | 88 | 498 |
*Senarai harga tiket untuk destinasi antarabangsa pula adalah seperti berikut:
Destinasi | Kelas Ekonomi sehala menyeluruh daripada (RM) | Kelas Perniagaan sehala menyeluruh daripada (RM) |
Singapura | 238 | 988 |
Phuket | 318 | 978 |
Jakarta | 368 | 998 |
Bangkok | 418 | 1,008 |
Bali | 638 | 1,288 |
Colombo | 1,028 | 3,788 |
Kathmandu | 3,238 | 978 |
Dhaka | 1,628 | 3,988 |
Melbourne | 2,608 | 8,588 |
Sydney | 2,908 | 8,988 |
London | 2,978 | 12,888 |
Murah sangat kan? Nak cuti-cuti sambil shopping di London pun boleh. Tak sampai RM3 ribu untuk tiket sehala Kelas Ekonomi. Dah kira berbaloi sangat dah tu.
Tempoh jualan tiket telah pun bermula iaitu pada 23 Disember 2021. Tapi kena cepat sebab tawaran tiket harga murah ini dibuka untuk tempahan sehingga 7 Januari 2022 sahaja.
Tempoh perjalanan pun bermula pada 23 Disember 2021. Tapi, perjalanan untuk balik kampung atau bercuti anda boleh dibuat pada bila-bila masa sehingga 30 Jun 2022 nanti pun boleh.
Tunggu apa lagi? Dah mula terbayang wajah ayah bonda di kampung bersama pohon-pohon yang melambai seolah-olah menantikan kepulangan. Betul tak?
Cepat! Apply cuti siap-siap! Tempah tiket sekarang sebelum tiket habis!
*Tertakluk kepada terma dan syarat. Harga dijangka ‘melampau’ macam biasa ketika musim cuti sekolah dan cuti perayaan.
Sumber: MalaysiaAirlines.com