
Ramai yang menjadikan Bali sebagai destinasi percutian kerana pantainya yang cantik. Tetapi sebenarnya ada pantai yang lebih cantik daripada Bali yang ramai kurang tahu.
Pink Beach ini masih lagi kurang dikunjungi oleh orang ramai dan ianya hanya terletak di pulau bersebelahan Bali, Lombok. Tetapi dalam beberapa tahun ini, keunikan pantai ini mula menjadi tumpuan pelancong. Mana tidaknya, pasir di pantai ini sangat jernih dan berwarna merah jambu!

https://www.instagram.com/p/BivfZ-RALc3/?tagged=pinkbeach
https://www.instagram.com/p/BieluiRhzPn/?tagged=pinkbeach
https://www.instagram.com/p/BaR34TmDRp6/?tagged=pinkbeachlombok
Di mana terletaknya Pink Beach ini? Untuk orang tempatan, pantai ini dikenali sebagai pantai Tangsi yang terletak di sebelah timur Lombok. Untuk sampai ke sini, memerlukan perjalanan sekitar 2 jam. Perjalanan untuk ke pantai ini juga sudah dinaik taraf untuk keselesaan pelancong ke pantai ini.
Perjalanan 2 jam ini ternyata berbaloi setelah anda tiba ke pantai ini. Mungkin boleh jadikan Lombok sebagai destinasi percutian anda pula selepas ini?