
Maya Bay yang sangat terkenal di Thailand bakal ditutup kepada semua bermula Jun ini. Pulau ini mula menjadi terkenal selepas ramai yang terpesona dengan keindahan pantai pulau Phi Phi apabila ianya dipilih menjadi lokasi rakaman filem ikonik The Beach, lakonan Leonardi DiCaprio.
Maya Bay juga tersenarai dalam 10 pantai terbaik yang perlu dilawati oleh semua. Pihak berkuasa Thailand mengeluarkan kenyataan bahawa hidupan marin di Phi Phi banyak yang sudah terjejas dan tindakan drastik ini perlu dibuat bagi memulihara pulau ini.
Penutupan ini akan berlangsung dari bulan Jun sehingga September untuk memberi ruang terumbu karang di sekitar pantai Phi Phi untuk pulih. Hanya 2000 orang pelancong sehari akan dibenarkan untuk memasuki Maya Bay selepas pembukaan semula pulau itu nanti.
Jadi, sebelum ianya ditutup untuk beberapa bulan, anda masih sempat untuk singgah ke pulau Phi Phi untuk menikmati keindahan pantai di sana.