Taman Tema 20th Century Fox World, Genting Highlands Sedang Mencari Anda Yang Berbakat

Rasakan diri anda berbakat dalam bidang lakonan? Pandai menyanyi? Dan yang paling penting sekali, rasa diri anda sesuai dengan persembahan pentas di hadapan orang ramai?

Kalau ya, anda patut berasa bertuah sekarang ini.

Taman tema baru yang bakal menggamit scene hiburan keluarga dalam masa terdekat ini, 20th Century Fox World sedang mencari individu-individu yang berbakat untuk join kumpulan penghibur mereka.

Pihak urusan taman tema ini akan mengadakan audition pencarian bakat bermula pada 12 Mei ini sehingga 13 Jun.

Di antara bakat yang mereka cari termasuklah pelakon, penyanyi, penari, penghibur karektor, stuntman, ahli muzik dan juga mereka yang punyai wajah iras pelakon.

Uji bakat ini akan diadakan di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di Kuala Lumpur.

Walaupun anda tidak berada di Malaysia pada waktu yang dinyatakan, anda juga boleh turut serta dalam uji bakat yang bakal dilangsungkan di Australia, England dan Afrika Selatan nanti.

Peluang kerjaya dah ada, bagaimana pula dengan manfaatnya?

Anda akan diberikan bukan sahaja setakat gaji asas yang menarik, bahkan manfaat yang lain termasuklah peluang memasuki taman tema secara percuma untuk anda, keluarga dan kenalan. Beruntunglah keluarga terdekat anda.

Anda juga bakal disediakan penginapan percuma, manfaat kesihatan dan juga elaun menaiki kereta kabel.

Kira menarik juga tu, bukan?

Jadi, bagaimana untuk memohon jawatan ini? Hanya perlu daftarkan minat anda di website rasmi mereka dan sekiranya anda layak, mereka akan menghubungi anda nanti.

Apa tunggu lagi? Cepatlah jadi bintang sekarang!