
Melancong ke Eropah pasti menjadi salah satu impian untuk bercuti bagi semua kaki travel bukan? Tapi kadang – kadang harga tiket penerbangan menjadi salah satu punca anda masih belum menjejejakkan kaki ke sana. Jangan menangis dulu, MakanLena ada berita gembira buat anda! Kini, anda sudah tidak perlu ke benua Eropah untuk menikmati suasana di sana. Terdapat beberapa bandar Eropah seperti Perancis, Itali dan Greece di sekitar Asia yang boleh anda kunjungi!
1. Provence Village, Paju, Korea Selatan
Bandar kecil bertemakan Eropah di Paju ini dipenuhi dengan rumah kedai yang berwarna warni. Selain mempunyai taman dan air pancut yang mempesonakan, terdapat juga restoran yang menghidangkan daging panggang serta café untuk bersantai. Yang palik menarik di sini ialah kedai bakeri Eropah yang menghidangkan roti, kek dan cookies yang diperbuat segar daripada bahan semulajadi. Provence Living Gallery dengan reka bentuk dalaman yang menawan bukan sahaja menghiasi Provence Village malah menawarkan barang hiasan seramik di mana anda boleh membelinya sebagai cenderahati.
2. Huis Ten Bosch, Nagasaki, Jepun
Huis Ten Bosch merupakan sebuah taman tema Belanda yang mempunyai replika – replika bangunan lama Belanda pada Zaman Pertengahan. Pelbagai tarikan menarik menanti pengunjung – penunjungnya seperti taman permainan, muzium, kincir angin, rumah kayu, sungai yang indah dan lain – lain. Pada waktu malam, anda boleh menikmati suasana yang meriah di sini dangan pertunjukan cahayanya yang terkenal.
3. Petite France, Gyeonggi, Korea Selatan
Jom ke Perancis pula! Petite France ialah taman ala Perancis yang sebahagiannya diilhamkan daripada novel Perancis iaitu Little Prince. Ada juga sebahagian mereka yang merujuk taman ini sebagai Taman Tema Little Prince. Terdiri daripada 16 buah bangunan bergaya Perancis, anda juga boleh menginap di rumah tetamu yang terdapat di sini. Petite France juga popular dengan pengunjung yang meminati drama Korea. Ia telah digunakan sebagai lokasi penggambaran drama Korea seperti Secret Garden dan My Love From The Star.
4. Santorini Park, Cha – Am, Thailand
Santorini Park ialah sebuah taman hiburan yang dibuka pada tahun 2012 yang terletak di Cha – Am, Thailand. Bangunan putih dan bumbung biru menjadikan tempat ini kelihatan seperti Santorini sebenar di Greece. Terdapat pelbagai rides yang boleh anda cuba termasuklah Ferris Wheel, Flying Swinger, Merry Go Round, Trick Art Museum, Aqua Boat dan lain lain. Semua dinding bangunan di sini juga dihiasi dengan unik dan sangat sesuai bagi merakam detik – detik indah anda.
5. French Village, Bukit Tinggi, Malaysia
Jangan terkejut, Malaysia juga ada bandar Perancisnya tersendiri! Mungkin sudah ramai yang sudah menjejakkan kaki di sini. Tapi, inilah salah satu tarikan Malaysia yang menyerupai negara Eropah yang terkenal, Perancis. Keseluruhan konsep bandar Perancis akan membawa anda untuk merasai gaya hidup dan seni bina Eropah. Nak rasa makanan asli orang Perancis? Beberapa café dan restoran yang menghidangkan hidangan tersebut juga boleh dijumpai di French Village.
6. Venetian Macao, Macau, China
Kompleks kasino – hotel terbesar dunia ini mempunyai saiz bersamaan 56 ladang bola sepak – cukup besar untuk memarkir sekitar 100 jet Boeing 747! Venetian Macao jelas dimodelkan berdasarkan seni bina yang indah, terusan yang mempesonakan serta aura mewah di Venice, Itali. Walaupun kompleks ini indoor, langit birunya nampak realistik sekali. Anda juga boleh menaiki gondola mengelilingi seluruh Venetian Macao di terusan buatan yang popular ini. Membeli belah di kompleks ini sudah menjadi kepastian! Grand Canal Shoppe yang merangkumi 1.6 juta kaki persegi, mempunyai lebih daripada 350 jenama ternama, diikuti dengan lebih 30 restoran masakan antarabangsa.
Featured image credit: thisiskoreatours, visit-nagasaki, web-maya, mariamimay.net